Thursday, March 18, 2010

taip je la dulu..

memang banyak cite, actually..
tapi macam kurang best coz gambar2 belum transfer dari kamera, so tak bole la nak upload kat sini lagi..
tapi taip je la dulu, apa yang aku sibuk2kan lately ni..

rabu 10 mac adalah hari sukan sekolah
best la juga, tapi aku tak dapat nak tunggu sampai habis (ni yang tak best)
pagi2 tu setelkan utk budak2 perbarisan
diorang punye riben, kain, bendera, bunga manggar, and semua2 la
then utk acara padang, jadi peneman je utk cikgu yang jaga bendera
coz aku punya tugas dah lepas masa saringan dulu

dalam 12 lebih, terpaksa kelua dari stadium
nak kejar dengar taklimat kat JPWP, tak best la gak coz tak dapat nak join acara guru and also tak bole denga all the juara2 masa tu, huuu

so petang tu dengar la taklimat untuk satu soal selidik ni, named as SDiA
soal selidik untuk form 4, on algebra's topic.. entah bila aku nak mula kat sekolah tu, aku puun tak sure lagi, tengok la nanti..

then hari jumaat, cikgu pusat sumber cakap jumpa aku and cakap 'esok awak join camp, boleh?'
errr... aku yang memang tak berapa pandai nak kata 'tidak' ni pun setuju je la, hahha kesian dengan diri sendiri :p

so sabtu, ikut la mereka pergi kem.. 'kem kepimpinan pengawas pusat sumber'
memang rasa penat, tapi takde la regret pun.. coz i'm having positive mind kot kat sana
okey je, duduk dalam hutan, dengan tempat kem yang sedang in-progress
seronok kot tengok budak2 ni kena buli, hahha :p

yang paling tak bole blah, ayat2 dari fasi kat situ
first masa aku jalan dengan sorang cikgu ni, fasi tu tanya 'student ke?' err tak gaya cikgu ke aku
then masa night-walk, aku join gak dengan dua orang cikgu lain
masa aku sampai kat final point, fasi tu suh aku berkumpul dengan students
tapi aku buat bodo je pergi kat dia, hahha
terketawa bisik2 la kejap dalam gelap, dalam bisik2 tu dia kata 'sama saiz dengan student' hahha

ada cerita masa night-walk ni
memula, cadang2 nak naik sekali dengan cikgu la, tapi bebudak bising suruh naik sorang
cuak la gak sebenarnya, tapi takkan nak mengalah dengan student plak kan, tak macho ar :p
(aku memang tak pernah buat night-walk ni, dulu2 blind-walk pernah la, tapi lain situasinya)

masa turn aku, dalam cuak tu, aku jalan je laju2, sambil pegang tali yang ada
tetibe terlanggar sorang budak, taktau la sama ada budak tu lambat sangat or aku yang laju
terus je aku 'jalan terus, pegang tali, jangan lepas'
budak tu pun cuak gak kot, entah sape tetibe datang belakang dia kan, hee..
sampai satu point tu, dia gi lepas tali, nak ke satu arah
aku terus tarik tangan dia, 'jangan lepas tali'
memang rasa geram gak la dengan dia ni.. hilang nanti, saje je..
sebab dia ingat dah sampai kat last point, dah la masa tu dia macam nak berlari, selamba katak kau je ye

tu cite nye hari sabtu malam, habis dekat pukul 3 gak la.. malam tu entah pukul berapa aku tidur
coz ada sorang girl terseliuh, bengkak kakinya.. nak aku urut, memang tak reti, nasib baik la fasi situ tolong.. cikgu2 lain, semua dah lena time, tak nak la kacau..

hari ahad lagi best, teruk2 diorang kena buli, dari awal pagi lagi..
tengah aku duk lena tu, dengar suara diorang 'kiri, kanan, kiri...' huu tak bole tido da

tengok la apa diorang kena buat, memang best la.. best betul, rasa macam nak join je..
lepas habis semua pembulian tu, jalan la masuk hutan, ke tepi sungai
boleh la diorang berendam sakan, basuh segala tanah kat kepala, muka, badan, huuu...


ni pula dialog2 dengan students
masa camp tu, ade student form 3 tanya 'cikgu, cikgu petang ye?'
huu ramai je yang tek perasan aku, well i dun really mind pun :D
masa dalam hutan nak ke sungai, 'akak jalan dulu la' err taktahu student form berapa yang cakap ni
and sorang student form 1 ni tanya 'cikgu ke?'
angguk 'awak form berapa?'
'form 1'
'saya cikgu pagi'
'saya ingatkan anak cikgu ke'
err aku ni gaya anak cikgu ke? hahha krisis identiti lagi ;p



and aku.. err, cikgu pusat sumber tu cakap camni 'awak jadi cikgu pusat sumber ye'
diorang nak cari ala2 pelapis gitu la.. aku? tak bagi jawapan :p


Tuesday, March 09, 2010

curahkan kasih :p

actually, aku still taktau nak define perasaan aku sekarang ni..
first memang rasa agak kacau bilau la gak, rasa macam ketidakadilan berlaku, macam.. yarh asking myself 'kenapa aku pulak?'

ni la kot dilema orang baru, semua pun.. 'awak buat ye' 'awak pergi ye'
dan orang baru ni pula jenis yang tak tau how-to-say-no, tak-nak dan seangkatan..

agak bengan la juga sebenarnya, sebab rasa alasan yang diberi macam tak cukup kuat je
kenapa perlu orang baru disuruh, dan orang lama terus tidak mahu belajar perkara baru
alasan, huh!

azie, lepas ni kena belajar kata tidak
ye la takkan nak bagi alasan tak munasabah pula?
menipu? berdosa la..
so azie, belajar la untuk berkata tidak.. memang nak senangkan orang lain, tapi jangan terlalu bebankan diri sendiri
(hurm.. boleh ke aku ni? macam tak sampai hati je nak tolak permintaan orang, huu masalah aku ni)

____________________________________________________________________

arh lupakan sekejap, tunggu je nanti jadi nya macam mana
sekarang rasa lebih baik fikir untuk terus tersenyum :D

tadi tambah lagi skandal2 bawah umur, hahha bikin aku bunga2 je budak2 ni
as one of my friend said 'bahagia la ko skandal ramai' hahha funny
kalau aku tak bahagia, kemungkinan nanti akan demotivated
bila demotivated, boleh jadi taknak buat kerja, dan tak happy nak going through life
dah jadi consequences yang tak best, langsung tak best, ait?

actually tadi ada raptai kat sekolah, untuk kejohanan sukan
tapi aku nye P&P tetap jalan, coz yang tak terlibat duk dalam kelas
time physics for sc1, just buat latihan.. macam senang je la keje nye
aku senang, diorang pun senang hati, hahha cikgu ambil kesempatan :p

kelas ni habis sebelum rehat, so dari lab fizik tu diorang akan terus turun ke kantin
then 'cikgu, jom rehat..'
'saya tak rehat la'
'cikgu tak lapar ke?'
'saya kan manja, duk ngan mak, bawa bekal la' (hahha kadang2 je pun bawak bekal)
then macam2 la bunyi budak2 ni, kelakar je dengar nye :D

macam biasa, ada sorang girl tunggu
girl sc1 ni memang selalu tunggu untuk tanya soalan yang dia rasa konfius..
datang la pengganggu-alam kelas ni, 'ko selalu nak tunggu'
aku jawab 'okey la, dari korang, kerja pun tak buat'
'cikgu minta je, anytime siap' bila tengok buku nye, huu ampeh mana dia buat latihan tadi, sabau je la...

then sambil aku duk menerang kat girl tadi, ada tiga boys duk bising kat sebelah (tetibe dtg sorang budak akaun kat dlm lab tu)
'cikgu, cikgu takde pakwe ke?'
geleng, sambung bagi explanation..
'cikgu tunggu saya kan'
pandang sikit
dia tambah lagi 'kawan saya ni suka ustazah' refer pada budak akaun tadi
'ustazah tu da kawen la' aku jawab
'takpe cikgu, saya setia.. cikgu tak kawen lagi'
aku jawab 'macam mana ni eh? kena pilih antara dua la, form 3 pun ada'
'pilih saya cikgu'
the girl jawab 'cikgu ambil yang ok la'
'nak buat macam mana, dua2 pun tak berapa nak ok'
'saya ok apa cikgu'
'ok ke? kerja pun tak buat'
lab fizik jadi bising, seronok.. padahal lima orang je :D (ni pun banyak lagi dialog yang tak dikeluarkan)

tetibe akak lab datang (kacau daun je, huu)
dia suruh budak2 tu pergi dewan, coz da ada announcement, huu tak rehat diorang
tu la gedik lagi nak buat bising :p







** kadang2 memang fikir nak keluar dari situ
cari tempat lain
tapi diorang buat aku bertahan
at least for this time being ...

Monday, March 08, 2010

saya sayang kamu, uh aku-skandal betul la :p

cerita kat sekolah tadi..
ending yang agak seronok, kot.. ketawa je manjang
even pagi tu mula dengan sakit perut yang melampau
entah antara salah makan or PMS, not sure :p

ni cerita dengan form 3, kelas ke8..
dengan diorang masa dua waktu, then kena sambung satu waktu last sampai balik, meaning hari isnin 3 masa diorang d
engan aku..
tadi cerita pasal 'prenatal care, sterility, birth control'
aku mula 'hari ni kita buat kelas ibu2 mengandung, bakal2 ayah sila ambil perhatian juga'
dengan kelas ni memang boleh je buat ayat2 gile :D
budak2 ni pula, apa lagi.. bersorak itu ini la


then masa nak habis dah tu, sorang girl panggil

'cikgu, nak tanya ni'
aku pun datang la, memang dia agak banyak tanya, tapi tadi muka nampak konfius je
'cikgu, macam mana kita nak hilangkan perasaan kita pada orang?'
'soalan ni kena tanya kaunselor..' aku jawab sambil sengih2

then, die pun cite la apa masalah nya semua
dan aku kata, 'saya pun pernah jadi macam tu dulu'
aku cite la sikit apa yang aku lalui dulu, that sweet time :)
ups sorry, ni cite girl yang admire pada someone..

cite2, then that girl tanya 'dia tau tak cikgu suka dia'
'haa kantoi.. suka sape, cikgu?' tetibe datang suara boy
cheit ada la ni yang nak kacau daun
aku pun apa lagi 'kan susah, dia dah tau'
'tau apa cikgu' boy tu tanya lagi..
aku pun apa lagi 'saya memang suka kat awak'
that boy da cover2, hahha kelakar betul tengok muka dia tadi
da la masa tu, satu kelas dengar suara aku, coz diorang tetibe diam :p

this boy.. aku boleh katakan ala2 mat romeo pun ada

kejap2 kang mengacau sorang girl tu (budak2 ni kate ex-nye, bukan main :p)
kejap2 nyanyi la, ada je lagu yang dia nyanyi, dengan gaya2 tangan lagi..
kadang nak marah pun, rasa tak boleh, nak gelak je..
and he's kind yang ada rupa
kalau tambah rajin sikit lagi, insyaAllah boleh pandai and pergi jauh
then seimbang la dengan rupa nye :)

belum habis cerita lagi, heh

waktu terakhir adalah waktu NILAM, tapi untuk form3 diorang bagi latihan
sebelum aku bagi kertas latihan tu, that boy dengan lagi dua geng 'bole la, bole la' duk bising pasal PMS
'cikgu, kesian nadia, dari tadi sedih je, die nangis cikgu'
'cikgu, die p.. pm.. p ape wey'
'PM.. R ke cikgu?'
'ke SPM cikgu?'
jawapan aku 'eisy korang ni, tengok balik nota saya bagi, tu la nota terabur'
'ha ni.. PMS la'
dua orang lagi jawab 'bole la.. bole la'
'cikgu, ape maksud PMS tu, pre..

'premenstrual..'
'bole la.. bole la'
's tu ape cikgu?'
'syndrome tu ape pula'
diorang ni, aku terang aritu, bising kat belakang
'down syndrome pernah dengar?'
'ape tu?'
'nama penyakit'
'oh syndrome tu penyakit la'
'bole la' aku jawab
'bole la.. bole la'
(baru perasan, rupa nya aku yang selalu guna those words , huu)
dan masa tu, penuh dengan suara budak tiga orang ni je, huu
macam2 hal

then, bagi kertas latihan untuk hari ni.. hari ni latihan untuk subjek KH
sorang tanya 'cikgu, dah siap boleh balik, kan'
'mana boleh, kena tunggu sampai 1.40, bunyi loceng nanti'

ada la yang buat sound-effect bunyi loceng, cheit je budak2 ni :p
tak lama pastu, ada yang nak kelua dari pintu belakang, aku ke belakang
then ada yang kelua dari pintu depan pula 'haa derhaka..'
ayat sampai situ je la, then diorang masuk
'tunggu la dulu, kalau tak saya bagi nama kat cikgu disiplin nanti'
(diorang bukan takut pun dengan aku, huu terpaksa guna nama orang lain)
that boy tadi jawab 'tah korang ni, tunggu la dulu.. kang cikgu nangis, sape yang susah? aku juga..'
the other two jawab 'boleh la.. boleh la'

kelakar je aku rasa, sebab dengan gaya geleng2 kepala lagi, hahha :D
that boy sambung lagi 'cikgu, jangan nangis cikgu'
macam mana aku nak nangis kalau da rase cam nak ketawa tuh, huu

time aku da ke depan, diorang pula duk kemas2 barang, that boy datang
'cikgu, petang ni kita dating eh?'
'okey set, dewan terbuka' hahha petang tadi memang kena stay kat sekolah pun, tengok budak2 perbarisan rumah sukan..
then, ade vibrate kat enset, tengok la jap, membe tanya bile book fair
dia apa lagi 'cikgu, curang dengan saya'
hahha dilayan menjadi-jadi budak2 ni :p




dan petang nye, masa nak tengok perbarisan, kat padang..
tetibe ade yang panggil, jerit dari satu penjuru padang 'cikgu.. cikgu'
tengok tepi2 memang takde cikgu lain da, yang ada dgn aku dua org fivers
aku tanya those fivers, 'sape tu' ...diorang jawab 'ala budak tu..' tak tau nak describe kot
lama aku pandang, sambil berjalan.. budak yang panggil tadi da lambai2
'ohh die' angkat tangan je la sikit
huu cikgu korang ni rabun, mana la nk nampak dari jauh :p



oh esok kena bagi more explanation untuk girl tadi
biar dia jelas dengan matlamat hidup..
not to be too shallow, there's so much thing to think
dan aku akan cuba dengan reverse-psychology, hopefully ada hasilnya :)




** mereka buat aku sentiasa mahu ke sana
mereka buat aku hilang segala rasa sakit
mereka buat aku tersenyum dan tawa
di saat aku tidak lagi tahu makna senyuman
dan harus aku katakan.. aku sayang mereka :)

*** hopefully mereka tidak jumpa catatan ini, hahha

Sunday, March 07, 2010

i choose to be the simple one

semalam, actually ada meeting kat sekolah..
balik dari sekolah, terus ke PNM (Perpustakaan Negara Malaysia)
naik je tren sampai titiwangsa, then naik bus nombor 114

masa tunggu bus tu, aku pegang novel yang ada lagi sikit nak baca
then ada sorang boy ni tegur 'akak nak gi pustakaan negara eh?'
(kat tepi novel tu ada cop PNM, tau la dia :D)
masa tu wonder gak la, budak ni brapa taun coz sempat terpandang dia pegang buku komsas 'seuntai kaya untuk dirasa' tu

then budak tu cakap la da lama tunggu bus ape semua, aku pula nak habiskan novel tu, huu
tetibe die tanya 'akak study lagi ke?'
'err tak..'
'habis tu?'
'cikgu..'
'cikgu?' muka tak percaya, hahha
then dia tanya la sekolah mana, ajar apa.. tapi still ada expression-tak-percaya itu
(that boy, form 2 and sekolah kat bangsar)

ni bukan kali pertama orang buat expression macam tu dengan aku
sebelum ni pernah gak, masa tu kat Popular bookstore, time nak guna aku nye TPS (teacher's privilleged service)
budak kaunter tu tanya 'cikgu ke'
hahha nak buat macam mana?

maybe dari gaya aku la kot
cikgu2 kan biasa nya bergaya, lagi la kalau cikgu perempuan
tapi aku akan pilih the simplest one
even if pakai baju kurung pun, still guna backpack
handbag? aku takut kena ragut.. (alasan la kot :p)
high heels? nanti jatuh.. so amek kasut takde tapak senang (ada ke kasut takde tapak, hahha ;p)

i choose to be the simplest one..
kot kalau students aku jumpe kat luar, da tak sure nak tegur
semalam tu pun kira ok la lagi, with the slacks
kalau biasa, amek la aku jeans + sport shoes :p



Saturday, March 06, 2010

put yourself in their shoes..

mana nak mula, huu.... macam2 benda dalam kepala sebenarnya...

dua bulan and lebih2..
kadang2 rasa macam artist pun ada
bukan apa, sebab selalu sangat dapat soalan ni 'cik ke puan?' hahha
student punya soalan lagi best 'cikgu, jujur dgn saya, cikgu sebenarnya da kawen ke belum?'
ni semua gara2 nama aku dalam jadual ada puan, tapi gaya aku tak tally dengan title tu..

sekarang, seriously kepala rasa serabut
macam2 nak kena buat, macam2 nak fikir, memang rasa otak tak rest pun
badan pun dah rasa mula susut
bukti nya, dah banyak dengar suara
'u makan coklat, tapi tak gemuk ye, kurus lagi ada' komen dari sorg cikgu, masa aku mkn coklat dlm bilik guru
'inertia cikgu mesti kurang kan, sebab cikgu kurus' komen student sehari lepas belajar pasal inertia
'cikgu... kurusnya' komen student lagi, masa hari aku pakai kebaya, sebab biasa baju kurung semua longgar2 punya
(ni yg rasa taknak pakai da baju tu, huu.. dulu masalah tak sedap pakai sebab ruang terhad, sekarang dah orang kata kurus pula, huu)
entah la, nak kata tak makan, makan je.. sedap je makan semua mak aku masak

dan ada students yang tanya (dalam FB) 'kenapa cikgu kat sekolah nampak muram je?'
aku rasa macam biasa je, tapi taktau la kenapa budak ni kata macam ni, really taktau..
ada juga yang bertanya 'cikgu, kenapa cikgu jalan tunduk je?'
alamak ai, dah memang gaya jalan aku macam tu, nak buat macam mana :p
kadang2 memang nak ketawa je dengar diorang punya soalan
tapi jawab je la... selagi termampu nak jawab
and baru2 ni, diorang buat temuramah bout my education background
yang form 3 pula tanya bout kelas2 untuk form4 nanti, mana aku boleh jawab, aku jawab la

and soalan paling best masa subjek sains form 3
to be honest, memang aku tak pakar bab2 awal diorang, sebab semua tu ke arah BIO
sorang ni tanya (kelas ke8) 'cikgu saya nak tanya, tapi cikgu jangan terasa ye.. sebenarnya cikgu, cikgu sains ke bukan?'
hahha 'jawapan aku, saya baru nak belajar, tapi bab yang lepas2 ni, yang bukan pasal manusia, saya terer' (konon je la :p)
diorang curios nak tau kenapa, huuu
tapi lain hal nya dengan kelas ke12, student tanya macam ni pula 'cikgu, kenapa cikgu tak jadi doktor?'
jawapan senang 'tak minat' :p


kelas ke12 selalu buat aku pening kepala
baru ni, aku masuk kelas, boy yang kat depan (kategori budak baik la) cakap macam ni 'welcome to hell, cikgu'
slow je dia cakap.. kesian kat diorang ni, sebab ada kelompok yang kat belakang macam hantu, diorang pun terganggu sama

lagi satu kelas yang buat aku pening, kelas math form4
tapi jadual baru ni, ok la sikit sebab dapat time pagi dengan diorang
meaning pagi2 diorang ada dalam kelas, kalau tengahari nanti memang ada la yang hilang..
dan dengan diorang ni, memang kena selalu treat macam dengan kawan2

hurm... memang penat
kadang2 rasa macam nak quit pun ada
tapi...
i'm giving myself 3 years max kat sini
kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh pula, kan?



dan sekarang, macam2 perubahan yang aku nak buat..
perubahan untuk diri sendiri, juga persekitaran
changes for good, insyaAllah..
dan hopefully, Allah permudahkan segalanya...






** got a news, tutor-mate masa kat matrik dulu dah kembali ke rahmatullah
(dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali)