Wednesday, December 29, 2010

cabaran tahun kedua..

tahun pertama berakhir, pengakhiran yang bukanlah menjadi impian, pengakhiran yang membuatkan saya berdoa agar saya dapat memperbaikinya.. tapi apakan daya saya, saya hanya manusia biasa, yang mampu merancang dan mengusahakan yang terbaik..

tahun kedua menanti..
pastinya dengan labih cabaran dan rintangan yang akan mematangkan saya dalam dunia yang saya ceburi ini..
cabaran yang akan mendewasakan saya, memberi peluang untuk saya belajar dan terus belajar..

tahun kedua yang dinanti..
ditemani dengan genangan air mata, jangan tumpah duhai telaga.. ini air mata kesedihan, juga penuh getar ketakutan.. bertanya pada diri, mampukah saya? mampukah saya?

tahun kedua yang bakal menjelma..

ayat atas ni saya taip pada 29 disember 2010, selepas pulang dari mesyuarat di sekolah..
hari di mana kami guru2 mendapat tugas yang bakal dikerjakan pada tahun 2011, tahun kedua bagi saya..
hari di mana saya merasakan terlalu banyak yang harus dipikul di atas bahu kecil ini..

tapi kemudian, saya mencari kekuatan.. berpegang pada ayat Allah:
'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya -alBaqarah 286'
dan saya cuba mencari segala sisi positif, walau hati masih ada sisa terkilan.. hajat hati nak pegang mereka sampai mereka habis sekolah, tapi apakan daya saya hanya mampu mengharap..

2011 saya akan memegang kelas tingkatan 5, kelas yang terkenal dengan pelajar-pelajar nakal..




 

Tuesday, December 28, 2010

salah faham.. saya tak pandai jaga hati orang

manusia memang paling mudah untuk salah faham..
kadang-kadang apa yang kita kata, akan ditafsirkan sebaliknya
apa yang kita lakukan, adalah segalanya negatif

lalu apa lagi pilihan yang kita ada?
mendiamkan diri dan membiarkan mereka terus dengan salah faham itu?
atau cuba menegakkan kebenaran yang berada di pihak kita?
ya.. kebenaran itu kadangkala terlalu pahit untuk dikatakan..
tapi apa lagi pilihan yang ada?

sesak.. terasa tidak mampu lagi untuk terus berfikir
dengan sedaya upaya saya cuba untuk menahan telaga itu dari menumpahkan airnya
benarlah kata orang.. jangan terlalu menyayangi, nanti akan mula membenci..
itu lah yang terjadi..
saya lah mangsa di sini.. dikatakan manusia sombong, pembenci..
lalu, biarlah terus begitu.. apa lagi yang dapat saya lakukan?

semalam telah berendam air mata, namun saya tahankan lagi..
ada kisah lain yang membuatkan saya sedih dan sayu
sebuah kisah yang tidak mungkin saya rungkaikan di sini..
dan pagi ini, air mata kembali bergenang..

ya, saya manusia yang tidak tahu menjaga hati orang lain.. saya hanya mahu hati saya dijaga.
ketepikan perasaan orang lain seperti saya mengenepikan kain-kain kotor di bilik
buangkan ke dalam tong sampah, tanpa perlu mendobikannya
ah orang lain punya, persetankan lah.. buangkan saja! bukan saya punya!

Wednesday, December 08, 2010

Sunday, December 05, 2010

MAHA International 2010

update di harii akhir MAHA '10 
sebenarnya acara berlaku pada hari selasa, 30 nov '10.. we were there :)

siapa yang rasa macam blur apa itu MAHA, bole klik perkataan yang atas sekali, ok..
sekarang kena guna approach gaya 'student-centered', teacher will play a role as facilitator
eh, sorry, sorry.. ni bukan sekolah.. selalu macam nak lupa :p

seperti biasa, untuk orang-orang yang kekurangan kata seperti saya, adalah lebih baik bercerita menggunakan gambar :D

kami sampai sana da tengahari pun.. so lunch di sana.. 
pusing-pusing tengok kambing, lembu, kambing lagi, lembu besar lagi.. 
sebabnya kami masuk ikut pintu 2, so pergilah kawasan ternakan tu, budak-budak kenit 2 orang tu seronok la
the auntie pula seronok ambik gambar :) 
tapi takyah la kot gambar2 binatang tu kan



random pieces..
kemudian, naik tram, singgah ke rumah-rumah negeri..
tapi sebelum tu lalu kawassan ikan-ikan di mana my nephew, niece, and the opah da jadi fisher-boy and fisher-ladies (gambar atas)

kami singgah rumah sabah, sarawak and perak only.. banyak sangat rumah pun..
naik tram lagi, ke dewan-dewan utama..
pusing-pusing and shopping.. bila da penat, ini la jadi nya.. 
aksi bebas.. gambar-gambar ni th-nephew yang ambil.. paklong with the phone, maklang with strawberry+choc (yang da tinggal lidi tu), opah with yam-icecream, and adik yang mula nak pejam mata :p


ok, ni tempat lepak best sikit compare dengan yang atas.. the-niece da lelap, tapi the-nephew masih aktif, langsung tak penat la dia ni, huu
'abang angkat arimau' eexcited :p ,adik pula umpama orang mengantuk diberi kerusi rotan, heee :p   

da gelap, malam da pun.. tapi still belum balik, tunggu mak beli buah-buah pula
sampai rumah, the-niece da jadi sexy-girl, hahha.. seluar perlu dibuang sebab da basah

sebahagian hasil tangkapan :p

ok itu saja cerita MAHA saya, hahha..
eh jap. nak promote, sila cari marshmallows itu.. ianya sedap, and yang paling penting halal
bole klik marshmallow asafa 


abang saya kata ianya manis, tapi saya kata best... :p the-nephew suka yang ice-cream tu, the-niece tak suka mana-mana, the auntie suke semua :D


** cerita berjalan secara r.a.n.d.o.m akan keluar lagi..
bila-bila saya rasa rajin nak menaip