Friday, January 08, 2010

after a week...


seminggu yang punya pelbagai rasa...
nervous...
kalut...
takut...
seronok...
dan yang paling pasti... PENAT...

banyak benda nak belajar, bermula dari zero, and hopefully will become a hero (tinggi cita-cita, heee)...
paling penat, nak menguruskan kelas, student form 4, 4 sains 2..
dengan hal nak tukar kelas (suruh je diorang nii refer kaunselor :p), yang datang dari sekolah lain, buku teks, segala macam borang, and lepas ni nanti hal-hal yuran pula..
diorang ni pula, nama je dah form 4, tapi segala benda nak kena diingatkan, nak disuruh, sabar je la...
tu pun 'cikgu, suruh la diorang susun meja' 'cikgu tetapkan la jadual bertugas' ...alamak ai, kalau la kerja saya ni jaga kelas je, bole la saya buat semua tu...

dan dalam masa seminggu ni juga, cuba mengenal cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah (tak habis kenal lagi)...
kira lepas ni, boleh la nak cari siapa yang boleh dengar kita bercakap, siapa yang tak kisah dengan aduan, siapa yang hanya mahu bercakap tanpa pandangan kita, siapa yang boleh kita minta tolong, siapa yang akan buat taktau je pada kita.. segala siapa-siapa ini...
tapi tak kisah la, it's called diversity :D

students pula, memang macam-macam gaya... setakat ni kena ajar 5 kelas (2 kelas form 3, 3 kelas form 4), berat la juga rasa nya, tapi cuba je la...
kelas form 3, dapat yang tak berapa nak depan, minat belajar kurang... tapi kesian dengan yang nak belajar..
satu lagi, kelas pertengahan... yang ni, kalau boleh control satu kelompok students ni, the rest akan jadi ok.. dalam kelas ni, ada 4 orang muka-muka wanted, duduk depan tapi sangat la bising.. kalau diam pun, tak sampai lima minit...

untuk form 4, dua kelas fizik, setakat ni ok la.. kelas pertama, kategori sangat ok, senang nak ajar.. tapi yang takut sikit, bila diorang tanya then aku tak pasti jawapan nya, tapi kena buat gaya profesional la juga, heee... kelas kedua adalah kelas sendiri, taktau la nak kata ok ke tak...
sorang tu selalu dengan ayat 'seni, cikgu' 'fizik ni ada seni tak cikgu'
then aku stare kat dia 'cikgu, kenapa pandang saya?'
kawan dia jawab 'cikgu pandang secara seni'
sambil angguk 'ya seni' hahha semua kamu nak seni eh? kang tanya apa makna seni tu, baru la tau seni ke tak, huuu...
satu lagi kelas form 4, kena ajar sains.. rasa bagi arahan dekat form 3 lagi senang.. minta sediakan buku log, tapi macam-macam jenis buku yang diorang tanya... last-last kelua ayat 'ikut you all la, asalkan buku tu panjang' ...entah la, first impression macam tak berapa best untk kelas ni... minta-minta lepas ni, takde la segala perasaan tak elok ni, nanti susah aku nak mengajar, kalau asyik sakit hati...


tak cukup dengan segala kelas, then dapat lagi kerja yang bakal buat aku naik gila ;p
'ujian intervensi kedua nanti under awak eh?'
actually tak berapa faham lagi apa benda ni, hahha :p
dan nanti yang pasti untuk fizik form 4 (kalau ada ujian), muka ni la yang kena buat soalan, waaa mahu aku tak pecah kepala, dengan JSU nya, harap-harap ada la cikgu dulu tinggalkan....




Tuesday, January 05, 2010

sabarlah.. tak lama pun lagi


mula dengan cerita kat sekolah sikit...
hari ni dah mula mengajar, ajar la sikit.. Physics for 4 science 1.. just nak bagi gambaran fizik tu macam mana.. actually satu cabaran la juga nak kena mengajar subjek ni sebab kat sekolah tu ada dua orang je guru fizik, saya (ting 4), dan lagi sorang cikgu untuk ting 5. actually cikgu ni kata takyah panggil akak, tapi rasa macam tak sedap pula, even beza setahun je :)
jadinya, pandai2 kami lah nak buat apa untuk subjek ni, hee...

untuk 4 sc 1 ni, tak susah la.. students baik, kita tak perlu pun nak jerit beria2, even diorang sangat ramai.. tadi pun ajar satu page je, nasib la juga ingat lagi, sebab memang takde masa pun nak study (alasan! update blog bole plak ;p)
4 sc 2 pula, taktau la lagi.. belum mengajar kelas ni, tapi setakat yang dah masuk untuk 2 hari ni (untuk pengurusan kelas), nampak macam ada groups.. ada yang nak belajar, ada yang separuh hati, macam tak pasti untuk berada di kelas sains, maybe..

tadi juga, masuk kelas form 3.. alamak ai, memang remind me of kelas form 2 masa practical dulu.. nasib la b
ila dapat kelas yang dah nak hujung2 ni, huu..
pengetua sekolah ni pula, sangat la rajinnya nak meronda, huu..
tadi da kantoi, heh.. masa kat kelas form 3, budak2 tu bising, tapi saya ada alasan di sini, pandai2 la nak hidup :D..
time kat 4 sc 1 tu la yang ok, siap mengajar lagi, macam tak percaya.. kalau ikutkan budak2, diorang ajak sembang2 je, tapi saya bagitau dulu 'kita belaja sikit la eh,kang pengetua round' hahha main aci tipu betul la cikgu ni :p ampun... jangan report eh




then on the way back, singgah ke POPULAR bookstore, cari buku rujukan...
nak ajar sains (form 3 & 4), mana la saya pandai.. lagi kalau tanya bab2 yang nak ke arah biologi tu, huuu lagi la tak berapa nak tau.. tapi apa pun, saya akan cuba :)

tadi juga, apply untuk dapatkan TPS (teacher's privilege service).. kira nya, buku rujukan yang kita beli, akan dapat diskaun 15%, untuk cikgu sekolah, cikgu tuisyen.. so dapat la nak berjimat sikit, mana tau lepas ni kot nak beli banyak buku lagi...
or sape nak diskaun ni, meh saya belikan.. saya tak dapat faedah apa pun, tapi kalau boleh tolong orang, apa salahnya...

masa dalam bookstore tu la, kena memupuk hati supaya bersabar...
bukan apa, bila tengok buku banyak2 ni, mula la rasa nak beli, tapi status kewangan tak berapa nak mengizinkan.. buat masa ni duit memang untuk tambang bas, makan kadang2, tu je la..
kalau ikutkan nak je ambil tadi, tapi tahankan juga, huu...

sebab terfikir satu agenda, yang buat saya tersenyum...

ini dia....



rasa macam can't wait anymore.. sebab masa ni la boleh cari buku sepuas hati, sesedap rasa..
time ni la kalau nak berjimat beli buku :D (hopefully masa ni dah ada duit la, hahha.. kalau tak kena buat loan dengan abang :p)
okeyh kena tanda tarikh ni, heee sabar azie..............







*** buku pinjam ritu tak habis baca lagi
due date minggu depan, huu..
kepala dah terbayang Kellerman's dari tadi
and nak try cari Grisham's too



Friday, January 01, 2010

italiano-malaysiana di pagi 2010, hahha :p


semua orang wish 'happy new ye
ar'
bagi saya, masa akan terus berlalu....
dan untuk saya, tahun ni merupakan ta
hun bekerja saya, tahun yang mana saya akan melalui satu fasa yang lebih mencabar dan menguji hati dan segala rasa, i'm quite certain bout that....

tak pe lah, malas nak bebel panjang2
, hari ni pun ingat taknak cite pasal sekolah, nak letak entry yang saya suka, which is makan2...
actually ni breakfast untuk hari ni, senang je nak buat :D
check it out.......................................


bahan-bahan


1) pizza base -kalau rajin, buat la doh sendiri, saya 'kurang rajin'... base ni boleh cari kat supermarkate, kalau tak jumpa, guna roti pita pun boleh.. kalau takde juga, buat la doh sendiri :p
2 & 3) optional -tak kisah la nak letak apa pun, ikut citarasa masing2 :)
4) chesdale -kalau nak lagi senang, guna shredded cheese tapi mahal la
sikit
5) sos tomato & sos cili


cara-cara

1) ratakan sos tomato atas base pizza

2) letakkan bahan-bahan optional tadi
3) lapiskan dengan chesdale di bahagian atas, kalau rasa nak banyak cheese, letak la banyak2 :D
4) masuk dalam oven, lebih kurang 180'C dalam 8-12 minit (anggaran je la ni) atau sampai cheese tu mencair



and last sekali ........
ready to eat, with the chili sauce...


senang, kan? this is the simplest pizza recipe :D





*** this is what i loved about KL
u can find everything u want here
it's just on u!
what u're looking for and how u deal with it