Wednesday, November 18, 2009

jom masak :p

.... scheduled-entry

tiba-tiba keluar resipi pula, hentam je la... btw ni antara kek yang senang nak buat (tapi kat tangan aku, jadi macam tak best gak, haha :p)


MOIST CHOCOLATE CAKE (kek coklat lembap)

bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 100g serbuk koko

ayak bersama:
- 150g tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- i sudu teh serbuk penaik

bahan A:
- 200ml minyak jagung
- 150 ml susu pekat manis
- 400 ml susu cair
- 200g gula kastor


cara-cara:
- masukkan bahan A dalam periuk
- panaskan sehingga gula cair, dengan api yang perlahan. then biarkan sejuk
- masukkan adunan telur ke dalam bahan A yang dah sejuk, kacau rata
- masukkan bahan-bahan ayak dan serbuk koko (juga diayak bersama), kacau rata lagi
- masuk dalam loyang, kukus dalm 45 minit / sampai masak :)


dah letak cooking choc and choc rice... kalau taknak takyah pun takpe...
selamat mencuba... kalau nak cuba la :P
and selamat menghadapi peperiksaan SPM untuk yang berkenaan... Good Luck !

Sunday, November 08, 2009

apa saya buat ni?


secara tiba-tiba saya telah mendaftarkan diri sebagai salah seorang pengguna laman sosial yang banyak digunak pada masa ini.
(apasal masuk mood ayat surat khabar pula ni? huuu)
aku buang tebiat :p dah tak tahu nak taip apa kot, tapi nak juga menaip....



macam tak berapa clear printscreen ni



sekarang dah kembali ke rumah, home-sweet-home...
masih memegang status 'P.O.W who R.I.P' (prisoner-of-war who rest-in-pieces, not really in peace, and absolutely not in the prison) :p

baru ni buat rekod yang boleh membanggakan diri sendiri..
aku siapkan assignment (report and the slides) dalam masa tak sampai dua hari...
tu pun sebab aku banyak main, kalau tak mesti lagi cepat...
boleh la nak masuk dalam rekod persendirian, sebab kalau ikutkan dulu2 time study, mana pernah aku siapkan assignment cepat macam ni, paling2 pun mesti labih seminggu gak.. alasannya sebab naik turun library, hahha nama pun alasan kan? biasa la....

assignment tu my cousin yang punya, aku tolong je... lagi pun aku mana ada buat apa
ok gak, macam buat revision apa yang dah belajar dulu2..
bout PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer)

untuk report kena cerita macam mana internet mempengaruhi pendidik dan implementasi PPBK
and aku rasa power point tu yang paling cute pernah aku buat..
heh, perasan lagi.. ok jangan layan statement2 perasan ni... bukan apa, dulu2 mana ada masa nak explore semua tu, buat simple2 sudah... that's it another alasan :p


dah la, mengarut je... heee.... ini lah namanya entry perasaan perasan







** rasa macam kena pergi klinik/hospital
macam ada something tak kena dengan anatomi aku
but hopefully, nothing's wrong... :)

Thursday, November 05, 2009

boleh kot...

iv dah lepas, semalam... hari yang agak cuak kalau nak ingat balik, heee...

nama aku dalam senarai panel 1, dalam list tu kira yang tengah2 akan disoal jawab (interrogate? i'm not a prisoner-of-war, so this word is not suitable :p)

sebelum masuk tu, dengar2 la juga soalan untuk orang2 sebelum.. diorang kena tanya pasal dewan negara, dewan rakyat, parlimen... and that time, aku rasa macam nak mampus je, mana la aku nak ingat semua tu, haahaa :p

then bila sampai turn aku, masuk la dengan yakin (even nervous tak tentu pasal) dan muka semesra alam yang boleh, heh..

the interrogation begin...

panel tanya pasal PPSMI: kenapa dimansuhkan, MBMBI dan juga kalau dalam perlembagaan, bahasa kebangsaan adalah perkara yang ke berapa? (huu dulu belajar sejarah kuat tidur, tetiba dapat soalan macam ni, nasib la aku ingat...)
soalan lain tentang pedagodi, kalau nak buat soalan untuk pelajar, kita ikut aras macam mana? jawapannya ikut 6 aras dalam Bloom's Taxonomy (kalau ikutkan sebenarnya aku fokus kat multiple intelligence, tapi dapat yang ni.. ingat lagi la walaupun aku bagi the terms in english)
yang tak berapa ingat bila ditanya tentang sekolah kluster.. heh hentam je la, asal ada jawapan :p (kalau tanya sekolah wawasan, pro la rasanya ;p)

soalan yang aku target, tak ditanya... tapi boleh la nak auta yang sipi-sipi tu, heheh...
oh first sekali panel tanya tentang negeri-negeri dalam Malaysia (darul apa?)... lepas la ni, and siap aku betulkan panel tu lagi, bukan nak bangga la, tapi tu menunjukkan yang panel juga manusia biasa, tak perlu untuk takut dengan mereka :)
bout ko-kurikulum tak tanya, lepas tengok fail sebeban yang aku bawa tu, dia angguk je...
aku bawa semua sijil dari zaman sekolah rendah dulu lagi, sijil yang macam tak perlu letak pun, aku letak je... saja nak bagi banyak, psiko sikit, hehe...

that's it... nak cakap yakin sangat tu, tak la juga (don't be over confident about something happening until it really does happen) but hopefully, ok la kan :)

and not forgotten, met the friends... membe buat bising, hahha...
nak say thanx to cik jila and en.rizal, hantar kan aku semalam... kesian kat korang, aku tak tau jalan :p




** sekarang melepak kat sini lagi..
nasib anak rantau (tetibe :p)
tolong my cousin buat powerpoint
P&P berbantukan komputer, macam tu la
tapi boleh pula mengupdate blog, heee
*** mak call, ada surat dari UM
pasal diploma professional aritu kot..
bukan minta lagi, saja je nak tau macam mana
mak da kalut, ingat aku dah dapat, heeh
banyak kena fikir sebelum tu..
duit loan dulu pun tak start bayar lagi
so postpone je la dulu, lain masa, insyaAllah :)

Monday, November 02, 2009

through my windows



current mood : seram sejuk tak tentu hala :p
nak study, sudah taktau lagi apa yang nak di baca..
latest issues in education?
organisation?

apa lagi yang perlu diambil tahu eh?

untuk INSAK, boleh kot InsyaAllah... lepas tengok soalan2 yang ada kat website mana entah, and dah try sikit2.. jangan tersalah pilih je la, rasa nya
just pray for the best :)



bukan gambar baru :p

hari ni, abang aku tinggalkan laptop, so boleh la aku nak cari apa2 info yang aku rasa perlu tahu :) dan juga boleh la aku update sikit, heee....
actually, tadi adik aku nak guna, dia kata nak main, so kakak nya apa lagi kan? 'orang nak guna kang' sambil buat muka tak puas hati and malas layan... so dia pun blah la, tidur la tu kot...
kang aku bagi la, bukan nya tak bagi pun,huuu....


dalam entry sebelum ni, ada aku taip pasal masa dan keadaan yang akan berulang...
lepas aku baca, track back the history, aku ada rasa that sentence (dalam entry sebelum) ada relevan nya...
kalau baca paper sekarang ni ada cerita bout 'sekolah satu aliran', which is aku sokong, tapi ada la sedikit perkara yang perlu diambil perhatian..

kalau baca semula sejarah pendidikan negara, kita akan dapat tahu betapa pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia..
sebelum Tanah Melayu merdeka, sebenarnya dah ada cadangan untuk menyatukan sekolah-sekolah ni, dan mencadangkan supaya ditukarkan secara beransur-ansur (rujuk penyata Barnes)
tapi tak dilaksanakan kerana tidak mengambil perhatian tentang pandangan orang bukan Melayu

dari sini lah timbul pula laporan Fenn-Wu, untuk mengkaji pendidikan cina di Tanah Melayu dan mempertahankan kedudukan mereka... dan lepas tu bermacam-macam lagi penyata yang lain :)

dan harus diingat, itu kan zaman sebelum Malaysia merdeka lagi, pastinya mereka mempunyai kepentingan masing-masing...

untuk masa sekarang, aku rasa (pendapat aku la, tak perlu betul atau salah) dah tiba masanya kita buat satu perubahan, orang kata transformasi... kita dah lama hidup bersama dan tak salah rasanya bersatu, tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain. dan caranya yang mudah melalui sisitem pendidikan itu :)

dan aku setuju dengan satu pendapat (maaf dah lupa baca dari mana), kalau masih nak kekalkan dengan aliran mereka, biar di sekolah rendah sahaja.. sekolah rendah adalah asas pelajaran individu di Malaysia, jadi apa salahnya biar mereka mempunyai pegangan yang teguh pada bahasa dan budaya masing-masing (kelas peralihan biarlah tetap ada)... budak-budak kalau kita ajar dari usia muda, mereka susah nak lupa.. dalam masa yang sama tanamkan semangat 1Malaysia untuk semua

dan perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah kesepakatan semua pihak, duduk bersama dan ambil keputusan bersama (jangan nanti laporan Barnes dan Fenn-Wu berulang lagi :))

ups, macam tak percaya aku yang taip ni, heee....
ok lah, kalau ada salah, betulkan la.. aku pun bukan nya selalu betul... i-am-imperfect

see ya....


oh sebelum tu nak kasi lagu ni....
yang dalam iklan TM, orang kertas yang sweet tuh, heee :p








*** test and iv di putrajaya ...
so esok aku akan ke sana, umah my cousin


pray for me, aku takut
bukan apa, aku ni dalam kategori orang cakap laju
bila nervous, boleh jadi lagi laju
bila dah laju, mula lah segala point yang nak dicakap hilang
hopefully, aku tak terlalu nervous
then aku tak la cakap laju sangat, heeee :P


Sunday, November 01, 2009

space-time continuum

-title adalah propa semata-mata, haha



eisy lama tak menaip kat sini, nak mula macam mana pun taktau da,
so kalau ayat macam tak boleh diterima tu, harap maaf je la eh :P

kalau tengok last entry, my wish is 'selamat berpuasa'
tapi sekarang dah lepas dari raya pun, heee memang lama tak berupdate
hidup aku pun entah, ada update ke? (sendiri mau jawab la :p)



actually sekarang still kat rumah.. melepak tak tentu hala
every week (bila kebosanan mencapai tahap Tera), kerja aku ulang-alik ke National Library, pinjam buku (aku pinjam novels, tengok la kalau rajin nanti2, aku buat review), jeling encik counter (ups ;p), kalau rasa malas balik lagi, terus lepak kat KLCC pula, hahha betul hidup macam tak tentu hala, tapi tak selalu buat pun...



posting? ada la cerita, next week interview, on 4th Nov..
membe dari uni lain da tempat pun, kan? well sabar je la..
hopefully aku tak gagap masa iv tuh,
nak suruh auta tu macam bole je, tapi nervous gak la coz taktau apa yg akan ditanya



ok la.. tu macam ala2 the-self-update kot. ye ke?



(oh adikku datang mengacau.. sila berambus kau...
sibuk arh mamat neh
sure nak laptop dari aku la ni.
urgh malas nak layan, lantak kau la...)



aritu ada baca this sentence, tak tau la boleh pakai ke tak, tapi kalau ikut situasi aku sekarang macam ada kena je...

ayat nye macam ni
suppose the time is a circle, bending back on itself.
the world repeats itself, precisely, endlessly... (by Alan Lightman in Einstein's Dreams)

maksud nye, macam.. apa yang kita dah lalui satu masa dulu,
kita akan lalui lagi, sebab masa tu akan berputar dan berulang..
betul ke?
i've kept thinking of it...

tapi jangan la sama kan pula dengan situasi Hiro Nakamura dalam cite Heroes tu..
(kalau tak tau cite ni, search kat youtube eh... it's one of my favorite series)
bending the time and space...
ok ok, stop bout that mamat Jepun

macam mana that sentence relate dengan apa yang aku lalui sekarang?

1st story:

habis SPM dulu, aku kena buat satu keputusan, memilih antara pilihan2 yang diberi, which is where to further the study.. masa tu, aku dapat form 6, diploma UiTM and matrik.. actually masa tu, form 6 datang dulu, tapi aku tak tau sama ada nak pergi or tak.. and dalam hati kata kalau dapat matrik, i'll go for that.. and the rest is history :)

and sekarang masih kena buat keputusan... actually sebelum dapat panggilan untuk temuduga untuk KPM tu, aku dapat tawaran dari MARA (dia akan serapkan untuk jadi pensyarah kolej mara or cikgu MRSM).. tapi hati berat nak pergi, lagi pun subjek yang diorang bagi macam tak best which is sains komputer... selang beberapa hari tu, dapat la tau yang KPM dah keluarkan nama untuk iv, and that's what i'll take :) and hopefully this is the best decision...

ok itu 1st story, then come the 2nd story...

(tapi kan,macam segan je nak taip, hahha gile gedik haku ;p taip kecik2, heh)

cite je la sket, dulu ada la crush on someone, tapi tak pernah bersembang dengan dia.. that feelings pun macam tak terluah, biar lah dia taktau pun.. tapi teknologi tak pernah renggangkan kami, we kept communicate with each other sampai la satu saat tu aku yakin dan pasti yang perasaan tu memang dah layu, withered with time (atas sebab2 tertentu, yang aku yakin dan pasti aku perlu mengundur diri, ecewah :p)

and sekarang, that feelings datang lagi... which aku tak pernah sangka and jangka yang ianya akan berulang lagi... and i would like to say thanx to the technology... but i hope so much that the ending will not be the same :)

ok larh,macam karut je bile taip pasal 'rasa' ni banyak2

hahha aku segan... where's the blanket? i need to cover myself... hahha again...

heee.... ok ni je la dulu, nanti2 bile ada masa and rasa rajin, aku update.. don't miss me (perasan, hahha)






** macam tak cantik arh takde gamba

uhh adik aku dah bising lagi, hahha :p