Wednesday, December 26, 2012

what awaits..

mesyuarat guru untuk sesi 2013, sudah pun bermula
nervous kot sebelum nak dapat tahu tugas untuk 2013 (walaupunn sebenarnya dah tahu pun sebelum cuti dulu,huu..) 
ada beberapa tugasan baru yang ditambah, dan kemungkinan i'll have another hectic year to run 

nama sudah naik untuk pegang fail fizik, ini sungguh menakutkan
lagi kena pula belajar bersenamrobik, haisy segan lah saya (kenapa la saya tak tolak masa pk tanya,adoit) 
but still ada good news
after two years menjadi guru kelas belakang, next year pegang kelas first pula :) 
syukur + nervous juga, haila haila azie oit apa je la yang kau tak takutnya,hee.. 

jadual juga dah dapat, so next year will be another year without baju kurung, heh
and oh,saya bakal mengajar kelas-kelas hadapan, fizik(kelas 1&2 tingkatan 5), math (kelas 3 tingkatan 4) 
ok another nervous sebenarnya :p

summary for 2013 is as below : 

tak clear, phone tidak mengizinkan :p

sekian saja, esok ada meeting lagi. dan juga akan bertugas mengagihkan buku teks juga untuk esok hari, sekian :)

Tuesday, December 25, 2012

25th

our 25th is in melaka
just arrived home, about 11 tadi..

and tomorrow..
err, meeting(?)
so we'll see what awaits for 2013 (nervous :p)

Monday, December 24, 2012

a dedication

if i could, i would..

pernah tak dengar radio, segmen tuju-tuju lagu tu, heh kalau tak tu macam mentipu je..
so now, saya mahu mentujukan lagu kepada anda-anda di luar sana (sila ambil feel farah fauzana dalam konti :p)

if it's possible, i want to dedicate this song(s)

1. don't u remember by adele


2. menunggumu -peterpan





p/s : saya rindu sekolah
tapi, saya tak mahu cuti ini tamat, please not yet..

**i miss u, damn much

Sunday, December 23, 2012

newton's theory

source : tumblr

just another random pitcha :)
can i say it's a 'pre-reading' before the school is open, hahha (oh well i'm going to teach physics again next year, insyaAllah)

Saturday, December 22, 2012

pilihan

life demand decision making.. 

(berhenti menaip beberapa ketika) 

yes, true enough! life and making choices sepertinya tidak dapat dipisahkan 
membuat timbang tara hampir setiap waktu, A or B?, black or white or the rainbow? 
kalau pilih A, then B won't give any negative effect, it'll be good, but what if sebaliknya? 

letting go kadangkala memang teramat sakit
tapi, bila tiada lagi pilihan, itulah yang terbaik, then let it go..
 :) 


p/s : this is another random thought  

Friday, December 21, 2012

harapan..

orang kata :

teruskan berharap, kerana ia akan menjadi doa yang mungkin akan diperkenankan
tapi,
jangan terlalu tinggi meletakkan harapan itu, supaya nanti tidaklah terlalu kecewa andai ia tidak tertunaikan

:)

Thursday, December 20, 2012

khamis

penat fikir title, letak je la nama hari ni, senang :)

khamis saya di ibu kota, dengan misi melunaskan hutang dan mencari kasut-kasut (eh kenapa guna plural ni?) yang comel, yang sekian lama telah pun di'eyeing'kan

misi nombor satu masih belum selesai, tapi bahagiannya sudah diketepikan
misi kedua pula, berjaya lah kiranya dengan gambar bukti di bawah :) 


ye, saya suka vincci, sebab senang nak kena dengan kaki la kot, hee
misi hari ni is flat shoes, since high heels tidak dipakai selalu, ye lah saya ini most of the time ke sekolah pakai sport shoes, kalau berjalan-jalan pun on sandal or sport shoes too.. sampai hampir worn out the sport shoes, (dah la nak pakai lagi, nak beli baru macam mahal je)

and sudah agak lama nak try ballet shoes itu even sangat tidak confident sebenarnya, takut tak selesa since dah biasa pakai yang bertutup penuh atas kaki. well, u'll never know until u try, ait? :)
dan ciri kedua yang dicari ialah shoes that can be use either u wear skirt, jeans or even tracksuit :)

oh ye, buat masa ni, kasut di atas terpaksa dimasukkan ke dalam kotak terlebih dahulu, sebab kasut-kasut saya sudah bersepah di luar sana (ya ampun puan emak, anakmu sangat mencintai kasut-kasut yang cantik, ehe) er,tu belum kira yang ditinggalkan di bawah meja di sekolah sana (ya ampun akak cleaner :p)



p/s : sudah banyak cerita tergantung, tapi broadband saya sedang slow sekarang
ini pun cuba je, dengan satu gambar yang took masa yang agak lama juga untuk upload
kisah penuh masih belum dapat disiarkan (oh like always, like anybody cared :p)

Wednesday, December 19, 2012

gnite :)

source : tumblr

i am under drug,heh (mau tidur awal).. having flu je pun :p

Tuesday, December 18, 2012

Monday, December 17, 2012

oh no!

updating mood is running away..
lots of things to type here, specifically bout the weekend, but still..

will be back (insert terminator :p)

ah.. as if anybody cared la, hahha

Sunday, December 16, 2012

ke laut

details? soon..

sekarang mahu layan 'reading lolita in tehran'
oh mungkin juga akan tertidur with it :)

Saturday, December 15, 2012

weekend is here

assalamulaikum..
eh, pelik pula rasanya menaip di sini di siang hari, (biasanya lewat malam baru nak menaip sambil-sambil berkejaran dengan masa sebelum 12 midnite, so that i can still be on my challenges of 'one entry per day' :p)

saya masih tidak tahu what's today will bring, that's why nak menaip waktu ini
mana lah tahu kot tak sempat malam karang or i won't be able to be connect to the internet ke
so, we'll wait and see, sahaja lah :)

oh, last night check payslip
alhamdulillah, it's triple happiness for me, alhamdulillah ya Allah *senyum sampai langit
segala planning yang terbelangkai selama ini dapatlah dijayakan,insyaAllah *ameen, ameen..
adalah beberapa planning, still on the run and insyaAllah dengan triple happiness itu, akan saya jadikan ianya kenyataan *semoga Allah mempermudahkan



** thank u for making smile, 
hope that this smile won't fade away
Allah planned for us,let's pray for a better tomorrow
Allahumma ameen..  

Friday, December 14, 2012

berikan saya masa

soalan diberi, jawapan diminta.. 

ada waktunya, jawapan akan terus diberi 
a concrete answer either it is 'yes' or 'not'
namun ada ketika, saya perlukan sedikit waktu
it is when i simply said 'entah' 

i just need the time.. 


Thursday, December 13, 2012

l.o.v.e

source : tumblr 
beginilah, bila kurang rajin mahu update, kita bagi je lah apa-apa gambar yang cantik mata memandang, hee..

p/s : misi mustahil semalam tidak berjaya (eh kurang berjaya sebenarnya)
mungkin after this kalau ada apa-apa misi kena namakan misi-pasti-berjaya,hee...
till then, good nite :)

p/p/s : tengok gambar and title kat atas, macam terdengar-dengar lagu nat king cole pula kat telinga, even adele yang sedang menyanyi sekarang
ok, now serius, good night, have a nice dream :)
 


Wednesday, December 12, 2012

:)


p/s : malam ini ada misi mustahil, cukup kuatkah saya mahu meneruskannya? we'll wait and see :)

Tuesday, December 11, 2012

jariku sudah keras

ni apa yang dibuat pagi tadi, aktiviti selepas subuh.. 
ambil drawing block, pensil, pemadam, then buka folder photos kat laptop 

lukisan pertama, done! detailing dia agak susah juga la
but sorry tak upload kat sini, takut menimbulkan kontroversi, kah3

then, cari gambar yang senang-senang sikit, yang tak perlukan terlalu banyak detailing to draw 
makanya terjadilah gambar di bawah ini :

title : di'dewasa'kan
see, bukan main.. siap ada title lagi tu
sekali tengok pun dah nampak, memang tak jadi, langsung tak sama
budak dua tahun dah jadi macam 20 tahun pula rupanya, hee ..

then, lepas zohor, nak try lagi sekali, ambil gambar abang kakak dia pula (gambar masa diorang kecil dulu)
hasilnya :

masa tengah lukis tu, budak berdua ni tengah membaca (main buka tutup buku sebenarnya a.k.a memunggah) dalam bilik saya 
dah siap tu tanya la abang nya : 
Az : ok tak? 
M : emm, mu'az rasa comel (dia ni refer kat gambar ke kat laptop, hahah) 
pastu adik dia pula cakap cam ni 
Af : abang, kenapa maklang tak pandai lukis kita elok-elok (kah3 sikit punya jujur dia punya statement) 




** jangan tanya kenapa saya berdiam 
saya sedang melatih diri supaya tidak terlalu berharap
walau saya terlalu rindu, ya terlalu.. 

Monday, December 10, 2012

shopping!

ok sambungan entry semalam (tapi ceritera hari sabtu la) 

lepas tukar uniform, masuk kereta then abang tanya, ke mana? 

lihat gambar bawah, kami menuju ke kota kuala lumpur, cheit macam tak biasa pergi je kau :p

view from the building 
 kami ke Kenanga Wholesale Centre, KWC. ye la kot ni nama dia.. dah orang duk sebut kenanga je,
kalau nik tren, boleh turun kat stesen hang tuah, kalau tak silap dari situ ada route pejalan kaki, tapi jangan tanya saya tak pernah lalu situ lagi :)

sampai situ, cari parking kosong, (tempat parking yang berpusing-pusing, rasa mahu muntah je naik ke atas,huu)
then cari lif, kita menuju ke surau lah terlebih dahulu, surau di tingkat atas, 16 ke? eh lupa lah

dalam lif yang sungguh sesak 
then sementara menunggu puan kakak siap (we take turns to look for the lil-baby), kita ambil la gambar dulu di hujung bangunan ini, siap bole nampak KLCC and KL Tower lagi kat belakang tu :) 

ok, gelap :) 
kemudian penjelajahan pun bermula :)
:) 
bukan main lagi korang ye..
sudah nya jadi babysitter la saya :p
menunggu puan emak dan puan kakak
so, apa mahu komen? 
- kalau nak gi KWC ni, elakkan weekend 
- kedai-kedai adalah sangat banyak, jadi sila lah buat pilihan bijak 
- sila datang dengan orang-orang yang tidak kisah berjalan dan memilih, elakkan bawa saya yang cerewet, kah3

ok, saya tak beli apa, sebab.. entah tak berminat kot
lagi pun people(s) tend to say that my fashion-sense adalah always tidak dapat dicerna akal fikiran,kah3

:) 

lepas pening-pening di situ, still tak balik rumah lagi, pergi jusco pula, sebab puan kakak nak cari baju sekolah untuk anak-anaknya
saya memang suka, sebab kat situ ada popular. beli dua novel + a comic yang semuanya sudah pun habis dibaca saat ini :)

sementara menunggu mem-mem besar memilih, saya bawa si kenit melepak makan fro.yo and baby donuts (bawa dia je lah dulu, sebab dia tak beli baju sekolah)
then baru call adik, kalau dah siapbawa lah mereka ke situ :)


ok, ini sahaja kisah di hari sabtu, 
hari ahad pula kami ke putrajaya, tapi tak perlu cerita kot, just datang makan-makan kat umah cousin je :) 

sekian, terima kasih :p

Sunday, December 09, 2012

jom main air :)

ok, sambung cerita semalam.. kisah semalam, 
bangun pagi, lepas subuh saya melepak online dalam bilik, entah pukul berapa keluar tengok anak sedara pegang towel sambil tengok tv
a : mu'az, dah pegang tuala, pergi mandi 
m : paklong kata mandi di sungai 
a : mandi di sungai? *heheh

jadi kami keluar bermandi-manda, lokasi di sungai tekala 
for info : nak masuk sini kena bayar rm1 (dewasa), rm0.50 (budak)
kami datang 5 dewasa and 3 budak + 1 baby dua bulan (kira juga ke? heh)

mari, bagi tugasan kepada gambar-gambar bercerita :)

sudah masuk :)
masuk air, eh masuk dalam air.. si kecik tu taknak turun dalam air, menggigil 

kita letakkan dia kat atas

tinggal lah kami bertiga, macam takde orang je kat situ, kan

pastu dia turun semula, tapi tetap lah sama.. taknak juga turun dalam air, menjerit-jerit,hahah

pemerhati dari atas, puan emak and puan kakak

:)
lepas dah menggigil-gigil semua, naik atas tukar baju semua
then headed to the next place :)


tapi lokasi seterusnya tu, kita jadikan modal untuk entry esok je la, kang takde idea pula nak taip apa, hee :)




***hate this feeling(s), much 
Allah, please.. permudahkan semuanya..

Saturday, December 08, 2012

berjalan-jalan di hari sabtu

ok sebenarnya entry ni suppose to have few photos, tapi oleh kerana uploading sangat lama, terpaksa la saya cut it off dulu, kira kita bagi teaser je la dulu.. 




full entry akan ditaip esok, insyaAllah..

p/s : cabaran satu hari satu entry untuk minggu pertama adalah berjaya, hoyeah! :D



**mata mengantuk, badan sedikit penat
tapi tetap mahu menunggu detik 12 malam :)

Friday, December 07, 2012

cuti sekolah

aktiviti cuti sekolah : lari dari rumah :p
oh tidak, tidak.. bukan lari yang itu, tapi berlari-lari + berjalan-jalan a.k.a jogging 
tapi bukan keluar tetiap hari pun, bila rasa rajin je, hee.. 

and ini partner-in-crime saya, dan tidak lah saya bawa dua-dua dalam masa yang sama, sekali bawa keluar sorang je, tapi lepas tu mesti kena bawa diorang ke playground pula :) 
kalau bawa diorang mesti petang la, sebab pagi-pagi diorang bangun lambat..


satu hari tu saya keluar pagi, oh best juga ye, fresh air.. cumanya takde la abang-abang ensem jogging time ni, hahha :p
dan masa tu wish that i'm an evening teacher, so that i can jog every morning (konon nye la, kot kalau jadi cikgu petang tetiap ari bangun lambat la den :p)


* miss you.. damn bad.. 
and i'm melting tonight, seeing the pic

Thursday, December 06, 2012

MAHA 2012

ok, mari melunaskan hutang. cerita basi hari ahad (2 dis) yang lepas.. we went to MAHA @ MAEPS 
the night before tu dah pesan awal-awal kat budak-budak kena bangun awal pagi esoknya, sebab nak pergi jalan. diorang dengar je nak berjalan memang suka lah 

so esoknya, kami memang keluar awal, before 9 (exact time tidak dapat dipastikan, hee) 
sampai sana awal, trem pun tak bergerak lagi
sebab belum ada trem, bergerak la pakai kaki

sambil jalan-jalan, dah terjumpa playground pula, singgah kejap, sangat-sangat sekejap 
anyway benda ni ada merata kot, tapi tu la kena bayar

benda ni pun belum ada orang jaga, dapat la budak ni main free kejap :)
menuju ke tempat binatang, jabatan perkhidmatan veterinar.. macam-macam lah ada, lembu, kuda, rusa, ayam.. oh sempat juga tengok diorang mandikan kuda pagi tu :)

rindu kampung halaman, tu yang gi amek gamba ayam tu :)
adik and anak sedara pula buat cubaan bagi makan kat rusa  
then jalan-jalan lagi, sudah sampai ke tempat jentera-jentera pula..
seronok la budak-budak ni naik benda-benda tu, kalau ikutkan nak naik juga tapi... :P
sebelum tu sebelum sampai kawasan ni, ada pertandingan kucing, tapi tak dapat nengok kucing yang bertanding, lambat sangat..

tak tau la apa nama mereka-mereka ini :p
lepas tu tunggu trem, dan menuju ke destinasi seterusnya..

atas trem, kanak-kanak, puan emak dan yours truly :)
gambar kecil di bawah tu ialah pokok padi 
sini ialah kawasan ikan-ikan, ada pertandingan memancing. ada juga pertandingan tangkap udang kot, juga tangkap ikan kecil untuk budak-budak
main attraction ialah pameran rangka ikan paus, memang besar sangat-sangat


 kemudian kita naik jambatan dan pergi ke pavilion (rumah-rumah kecil) negeri
kat rumah sarawak ada tarian (tatauu nama), depan rumah perak ada maskot MAHA, dalam rumah johor ada buah-buah yang saya ingatkan tipu, tapi real sebenarnya :)

sarawak, perak, johor 
kami berpanas di bawah untuk ambil gambar :) sangat nice
ok, jangan tanya kenapa macam excited kat rumah kelantan ni
maybe sebab tak penah sampai sana kot, :p
terengganu, negeri sembilan, perlis 
singgah makan laksa dulu kat perlis (ceit bunyi macam sampai sana je), then teruskan berjalan..

gambar bawah da masuk dewan :) 
keluar dari kawasan dewan, pergi tunggu trem.. si kecik tu dah tertidur, sangat penat dukung dia yang tidur
time dalam trem tu akak yang duduk sebelah tegur, lebih kurang gini
K : diam je dia tidur
Az : *senyum
K : tak meragam ye?
Az : penat sangat kot
K : tak bawa kain gendung tu
Az : takde
K : sian kat ibu dia la nak kena dukung
Az : *err, senyum
K : tak bagi ayahnya? ayahnya mana?
Az : *errrr lagi... (kemudian buka lah cerita sebenarnya :))

kami turun kat kawasan fun-fair, tapi tak de la gi main kat mainan pusing-pusing tu
budak-budak bertiga tu je lah main atas air, main kapal yang kena pusing guna tangan, jenuh abangnya memusing :)

kalau dapat masuk dalam belon besar tu, macam best je 
selepas beberapa ketika (ceh penanda wacana kau!), memandangkan hari mula mendung, kami pun menuju jalan pulang..
lalu kawasan pokk padi, ambil gamba lagi :)


sebelum sampai kereta, puan emak singgah beli jagung, saya cari air sebab air yang dibawa dah habis

kesimpulannya, ok best :)
nak cari makan senang as long as kau ada duit, cari surau senang, cumanya bas + trem je ramai sangat orang
dan tangan saya lenguh untuk beberapa hari, sebab mendukung si kecik tu.

ok ini saja, cerita basi dari saya..
siri cerita basi akan bersiaran lagi selepas ini, insyaAllah..  :)



 ** aktiviti gunting tampal semalam masih belum selesai 
gunting pun tak habis-habis lagi, banyak sangat 

Wednesday, December 05, 2012

gunting dan tampal

lately ni saya berada in a state of jiwa-kacau, ia akan menjadi-jadi bila midnight datang
sudahlah tak dapat nak lelap awal, then fikir macam-macam pula, entah lah..

so bagi mengatasi kepala bekerja terlalu berat ini malam, i'm planning for something to do :)
(malas nak terlalu memikirkannya)

jadi marilah kita melakukan aktiviti gunting-dan-tampal di tengah malam, hee..

printer sedang bekerja, 85 pages to cetak, hasilnya nanti tak tahu la lagi, sebab semuanya black and white


p/s: ini random..

Tuesday, December 04, 2012

dream on..


good night and have a nice dream(s).. :)

Monday, December 03, 2012

Bondan Prakoso & Fade To Black - Ya Sudahlah



Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everything’s gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi

Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea

Peluklah diriku terbanglah bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta
Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Back to Reff: 3x


adik is on the sem-break, so selalu la on lappy with this song. the niece and nephew duk nyanyi-nyanyi, dah saya pun terpengaruh sekali,hee
seharian layan lagu ni.. so cerita semalam perlu di postpone kan dahulu, hee

Sunday, December 02, 2012

hye again :)

ok, sebenarnya mood mahu mentaip di sini adalah sangat high
jadi marilah kita menaip..

memandangkan sekarang ini musim percutian sekolah, jadi marilah kita berjalan-jalan
aktiviti hari ini ialah ke serdang, here we go

 

kasi satu je gambar dulu, full story esok je la, insyaAllah.. :) 
(mood high tadi telah menjadi low sebab try upload gamba kat fb tak lepas2, geram) 



*bercita-cita mahu menaip satu entry satu hari
azie, good luck for the cita-cita :)

Saturday, December 01, 2012

hye!



hoping and praying that this december will bring happiness,
and give some good news,
to brighten the days,
to make me smile all over again..
ameen..
(photos courtesy : internet, sorry forgot the link :))

uploaded this on my tumblr, yeah i've spent much of my time there nowadays http://azieshakespeare.tumblr.com/