Friday, May 01, 2009

books runaway :D

Sekarang adalah waktu bersuka-ria (a paper more to go, satu je lagi next week :D). Orang bekerja kan cuti, so aku pun nak cuti gak (tumpang sekaki :p)
Takde la bersuka-ria pun, tetap baca buku, tapi tukar buku jenis lain (ok tipu, aku baca ni semua sebelum exam lagi :p).


Meh kasi cite sikit-sikit.




i) Hafalan Solat Delisa by Tere-Liye


Yang ni da ada bagitau lebih-lebih kurang kat entry sebelum2, a novel yang ada autograf penulisnya itu (tapi masa tu belum baca lagi).

Ceritanya sangat bagus, tentang seorang anak bernama Delisa yang cuba menghafal bacaan dalam solat. Hidup dalam keluarga yang sangat bahagia.

Semuanya berubah pada tarikh 26 Disember 2004. Ingat lagi tarikh ni? yup tarikh tsunami melanda, latar cerita ni kat Lhok Nga.

Delisa seorang anak berumur 6 tahun yang bijak, dia terima keadaan tu dengan cepat. Dia tak tanya kat ayahnya bila perasan si ayah sedih setiap kali ditanya pasal umi. Kakak-kakak dia yang tiga orang tu semua dah meninggal masa tsunami, dan mayat pun dah dikebumi, tapi umi dia tak jumpa-jumpa pun.

Lepas kejadian tsunami tu, dia jadi susah sangat nak menghafal semula. Delisa mula belajar, tentang ikhlas, tentang memahami.

Baca la tak rugi pun. Ending dia agak syahdu, jumpa uminya, tapi....
Ada cerita di sebalik semua ni, nak tau baca lah.. Recommended :D




ii) Novels by Hlovate

Yang ni pula novel-novel dari Hlovate. Ada empat semuanya (Schubert's Serenade dalam Gurindam Jiwa je aku tak baca lagi). Mula dari kanan...


aA + bB
Bercerita tentang Addin Shah dan Benz Aliff. Diorang dua lebih kurangnya kena kahwin paksa, atas sebab wasiat konon-konon.

Sebenarnya cerita diorang dah mula dari zaman sekolah lagi, which at the end of the school time tu ada kes yang buat diorang tak bertegur.

Aku copy sikit yang tertulis kat cover belakang dia eh
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Tunas
Yang ni mengundur waktu sikit. Kira macam prekuel untuk aA+bB. Ada dua bahagian kat dalamnya.

Cerita zaman sekolah Addin Shah, zaman Form 4 and 5. Cerita budak nakal yang jadi Head Girl.
Part kedua plak pasal 'Magnificient Seven', budak-budak junior Addin Shah tadi.


5 Tahun 5 Bulan
Orang gaji berpendidikan, Johanna dalam buku ni. Things went wrong bila anak sulung tuan rumah balik, sangat la cerewet.

Habis jadi orang gaji, Johanna sambung study kat Aberdeen. Then cerita-cerita dengan Along itu, and end up berdua (ending novel :p)


Rooftop Rant
lontarkan
... kalau tidak ia meracun
kongsikan
... walau hanya pada awan-awan
Bicara atas bumbung. Episod hidup yang berbeza, tapi cerita mereka selari, Trisy dan Jade.



Kenapa Hlovate ?
Bahasa dia tidak berat, even bercampur-campur. Cerita-ceritanya bukan sekadar cerita ringan.

Hlovate menulis di dalam bahasa basah yang selamba: enak di mulut, berkhasiat di minda, penawar di hati ... mengisi nurani (ini aku copy dari cover belakang salah satu buku)

Kalau kamu mahu menyanyi, ada di dalamnya. Kalau kamu ingin nasihat, ada di dalamnya. Kalau kamu cuba mendekati Tuhan, InsyaAllah ada juga :)

Try la satu, you won't regret.. Or kalau nak try tengok tulisan beliau macam mana, klik kat link sebelah eh.



iii) Aku ingin keliling dunia



Siri ketiga dari tetralogi Laskar Pelangi. Kira sambungan untuk 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi'. Sebelum ni dah cite yang dua buku tu, bole klik kat tajuk.

Yang ni si Ikal tu dah belajar kat luar negara. Ada cerita diorang keliling Eropah sampai Afrika sana.

A good book indeed. Owh Edensor tu nama tempat, ada kaitan dengan buku pertama.


Aku dah ulang baca berapa kali ntah, tak ingat. Ceritanya memang best, so yang ni pun aku recommend gak :D

(sekarang tengah tunggu PTS translate buku keempat, 'Maryamah Karpov'. Kat sana dah publish)



iv) Learned-time

Last but not least, mari belajar Fizik :p. Adik-adik (heh macam tua sangat la plak) tak lama lagi ada yang nak register untuk matrikulasi, kan?

Ini antara textbook yang aku guna. Beli la pakai duit elaun tu, tapi Longman warna merah bawah sekali tu dapat free (my cousin kerja di sana, heee)

Berchenta la korang nak baca semua buku ni. Aku pun buku merah putih tu buat reference kadang2 je, most of the time pakai buku kelabu. Tapi buku kelabu tu agak ringkas, so pandai-pandai la cari buku kat library plak :D




Ini sahaja laporan dari kedai buku 'azieshakespeare'.
Nanti ada masa, buku lain plak akan dikeluarkan. Banyak dah bawa balik rumah, yang ni pun nak bungkus da jap-jap lagi :D








*** kekanda beta mahu ambil jam berapa ya?
kata bonda, mahu ambil sesudah subuh
(macam la rumah jauh sangat, huhu :p)
nenda masih di rumah, yeah bole sakat nenda

sejak bila plak guna bahasa macam ni?
okey2 :D ..
kekanda=abang,
bonda=mak,
nenda=opah

10 comments:

Milimilo said...

wah,menghabiskan hujung minggu dgn buku2 yg menarik..sume buku yg ade kat ats mmg xpnah bace..ish3,

tehais said...

Rajennya azie membaca,malu den.heheh

Anonymous said...

wah...i luv books...slmt berhujung minggu k..

Bro Framestone said...

rasenye la kan..if bro wat novel santai..ade org nk bace x

chekgu Bani Hassim said...

owh...tu la novel hlovate yg si yonna gile2kan tu...
byk yea...

Shitsurei Shimashita said...

hahaha...buku yg last skali tu tak menahan..
hihik! yg ni wajib khatam wo :)

Ikaa said...

wahhh..
manyaknyaa bukuu
sukee tengok
nk gak bli bku bnyk cmtuh
tp tadek duet
hiihi
;)

denaihati said...

ke empat-empat buku tetralogi laskar pelangi aku dah baca memang power..filem laskar pelangi pun dah tengok...best

mademoiselle azieshakespeare said...

milimilo >
try la mana2 :D

tehais >
bace bile ade masa, spend time sket :D

MarLadyD >
i luv them too :D
btw thanx

Framestone >
we won't know until we try, right? =)

mademoiselle azieshakespeare said...

Chekgu BaniHassim >
hlovate nye novels memang best..
no wonder la ada yg gle, heee :p

Shitsurei shimashita >
khatam? alamak ai... :p

Cookie Monster >
nanti2 cik ika try la
best2 :D

denaihati >
ni yg jeles neh :p