Friday, April 30, 2010

senyum lebar-lebar :D


minggu ni merupakan minggu yang sesak untuk aku
semuanya untuk persediaan hari jumaat, iaitu hari ini :)
memula dalam perancangan, pagi2 kena buat 'book review' tapi tak jadi

because it was 'Hari Usahawan Muda' untuk sekolah aku
kelab dan persatuan buka gerai hari ni, so P&P kami berupa P&P luar bilik darjah
aku persatuan sains mate, tapi tak dapat tolong banyak pun untuk yang ni
sebab ada lagi satu gerai
namanya 'gerai terkejut' hahha :p

bukan apa, tak rancang pun tapi sebab ada kosong, daftar la untuk budak2 kelas
dapat idea dari sorang budak ni yang kata 'cikgu, bukan buat apa pun nanti. taknak saya dengan persatuan tu'
then, fikir2.. daftarkan la untuk diorang, bagi peluang diorang belajar other things than all those science subjects

belajar berniaga, macam mana nak tarik pelanggan, nak kutip duit banyak2 (jadi mata duitan macam cikgu nye :p), komunikasi dengan pelanggan
kira2 macam berjaya la juga, daripada yang taktau pasal 'deposit', dah boleh terangkan sampai orang faham
even tak semua yang involve, tapi yang ada tu pun da buat aku senyum..
(masih dalam usaha nak suruh diorang bekerja secara bersama-sama)


so tadi kami buka gerai untuk tempahan t-shirt
t-shirt akan dilukis dan disiapkan oleh diorang dan pastinya aku juga, huu :p
(budak2 ni kalau takde arahan, takde nye nak gerak.. sabau je la)

malas nak taip panjang..
bawah ni gambar2 yang berkaitan.. (rasa macam da lama je page ni takde gamba, hee)



ni iklan kat FB, sekolah memang penuh iklan.. aku pun ape lagi, iklan juga secara online



our customers.. choose design, size, then make the order with the deposit
abaikan si kaca mata hitam, hahha


gaya kena serbu macam nak minta autograf je :p


adakah budak ini berangan nak guna dslr or teringat kamera lama, huu macam2 hal


senarai harga, nama kedai, yang paling penting lesen perniagaan, huu.. ini bukan black market maupun black mafia


mereka yang bertungkus-lumus, ada lagi yang takde ni


see.. mereka riang ria, tapi cikgu nye tidak berperasaan
sebab dalam kepala penuh dengan hal 'tutup register', 'tulis buku rekod', 'cari lappy' 'belajar bawa kereta' huu kepala sesak :p



so lepas ni, kami akan mulakan operasi conteng baju, hee hopefully semua nya akan ok
duit orang ni..





** tadi suka sangat,
ada budak form one yang cumeyl, yang macam minat dengan gerai kami
sooo cuumeyl la itu budak, geram je aku tengok :D

and gembira juga, sebab..
order kami melepasi sasaran aku
tak terbayang pun dapat banyak tu, aku budget dalam 15-20 je, tapi lebih
praise to God, the Almighty...alhamdulillah..


the name in my heat

there's a name beating in my heart
hope that i'll meet him
hope that we'll smile to each other
the name that beating in my heart..

i hope and i do wish for that moment

.................


when others are too pessimist, i just need one good buddy to support me, whoever they'll be
thanx dear students

Wednesday, April 21, 2010

mereka adalah warna hidup saya :D

saya nak senyum.. kalau boleh, biar sampai telinga

kadang-kadang memang rasa down pun, tapi terima je la ape pun yang jadi..
believe that there'll be time for you
it's up and down of life..

macam hari ni..
kalau ikutkan memang rasa bukan di atas, but at least ada word yang buat aku senyum

'saya mula suka fizik'

ayat ni memang nampak simple, tapi untuk cikgu nya, it makes me smile (senyum dalam hati yang sangat banyak bunga-bunga)

bukan apa, fizik ni subjek yang agak susah..
ramai je yang da pening2, minta kelas tambahan, minta more exercises..
dan ada juga yang pernah cakap 'orang gile je yang belajar fizik'
meaning, yang mengajar fizik ni adalah 'orang-super-gila' la eh? huu
ada gak yang tiap kali kelas je, 'cikgu, saya tak faham apa2'

tapi bila dengar je words kat atas tu, dah buat aku senyum, senyum lebar...

betul la orang kata, words adalah pedang yang paling tajam
kita mungkin takkan terasa dengan perbuatan orang, tapi akan mudah terasa dengan perkataan nya






it's only words... :D
and words are all i have
to take your heart away (i hope :D)





till then,
azieshakespeare..

Monday, April 19, 2010

nak senyumm laa...

first, nak ngadu dulu..
actually taktau la apa perasaan ni, campur2 gak la..
terasa sangat2, ada ke main perli2, huu..
sakit.. makan dalam uwh, tapi sabau je la..

da perli aku, tak lama pastu bole pula bagi kerja
dengan ayat mandatori 'nak esok ye'
wahahha seronok nye la aku dengar
da la esok ada cikgu yang nak observe kelas fizik aku
then cuak dengar kata nazir nak tengok2 juga cikgu2 sains and math
uh susah hati betul la..

sabar la azie, buat je konon2 ko tak dengar pun ayat perli tu
konon time tu telinga tengah sumbat dengan butterfingers kesayangan tuh, huu..
wonder gak, nape time tu aku tak on mp3 aku eh?
biar dentum kat telinga, takyah dengar bunyi2 dari alam luar

malam ni, nak taknak ter'paksa' la aku menaip benda2 tu
benda yang sebenarnya adalah penipuan semata2, huh benci gile2 ni
okey, tamat la kot aduan rakyat :p


tukar mood... tak boleh fikir sangat benda2 yang buat bengang ni
kang makin biol kapla, hahha :p


sebelum balik tadi, sempat main jeling dengan somenone, uh suka ke?
(tapi tak boleh tunjuk sangat la the feelings)
kang tak pasal2 jadi gosip, da la my students ramai betul nak jadi matchmaker
yang gila nye bole nak match aku dengan 'laki-orang'
uh tak mau la saya ;p
dan bila mereka tanya 'soalan itu'
jawapan saya senang je, 'belum berlaku sebarang inelastic collision' hahha tu la tanya lagi kat cikgu fizik
kalau inertia dia tengah tinggi, memang dan je nak stay kan keadaan diri pada asalnya :p

ah sudah, azie da masuk mode cikgu cemerlang fizik.. semua benda nak guna terms dalam fizik, hoho :D

er tadi sebenarnya nak cite ape eh?
macam da melalut merapu je, sabau je la...

saya nak senyum sebenarnya, tapi saya segan
kalau nanti senyum tu disalah tafsirkan?
kalau nanti senyum tu tidak berbalas?
kalau nanti senyum tu hanya dari satu pihak?

admit it, memang jarang nampak dia senyum (seems like me, suatu masa)
but selalu nampak dia jeling (heh, kantoi aku pun jeling sama)







er.. da la, bila masuk bab2 camni aku mula susah nak karang ayat
rasa cam pelik je nak ekspresikan perasaan unik ni
sebab ianya bukan semudah menyebut semula prefixes :p



till then, see ya
azieshakespeare
6.45 pm

Tuesday, April 13, 2010

semalam dan hari ini ...

semalam..
jadual sangat lapang.. tapi jadi tak lapang bile kena >
tunggu students jawab soal selidik online, bout algebra
spend time dengan those form four, fun..
tapi agak tak best bila line internet asyik buat hal
kesian diorang, ada yang da jawab banyak, then kena mula dari awal pula
huu ... aku pun jadi tertekan sama bila duk tekan refresh tak bole2

petang tu pula, ada ko-k badminton ..
ada cerita petang tu, yang buat aku berfikir panjang la juga..

hari ni...
jadual memang tak lapang sebenarnya
tapi ada satu kelas tu terlibat dengan bengkel kemahiran
so ingatkan boleh relax2 baca buku ke ape
then tengok relief, dia bagi time tu, huu sabar je la
kelas relief tu kat blok C tingkat 1 (form 3) and blok B tingkat 4 (form 5)
yang mana lepas tu kena gegas2 masuk kelas math form 4 aku tu kat blok D tingkat 4
sabar je la, aku orang muda kan :p

kelas form 3, memang agak serabut la gak
masa aku duduk, datang sorang girl bawa a-pink-rose, yarh it was PINK
'untuk cikgu..'
'sebagai tanda penghargaan..'
layan je la, ambil :D
padahal bukan aku ajar pun kelas tu, kenal diorang pun tidak, hahha
and sebelum keluar pula, datang another girl cakap slow je
'cikgu, kalau cikgu kahwin nanti, cikgu tak buang baby kan?'
no dear, i won't (jawapan dalam hati )
jawapan untuk dia, pendek je 'tak ..' kalau dia tanya awal2 boleh la bagi cerita panjang sikit, huu

masuk kelas form 5 pula, sambil bawa dat pink rose :)
'cikgu, sape bagi bunga?'
senyum.. 'budak form 3'
dalam kelas tu ada sorang girl ketawa menakutkan aku yang mendengar
aku datang dekat dia 'sape nama awak?'
dia agak2 cuak, ingat aku nak masuk dalam e-disipln kot, kelakar je
kawan-kawan yang kat belakang pun bising gak time tu, huu
bila dia bagitau nama, aku cakap camni 'nama awak cantik, sangat perempuan, so jadi la perempuan, control sikit ketawa tu, takut saya dengar'
lebih kurang cam ni la

sebelum keluar dari kelas ni pula
a boy 'cikgu, bagi saya la bunga tu..'
and girl tadi pula 'terima kasih cikgu' sambil sengih2
sabar je la budak2 ni.. diorang ni kelas akhir, motivation low, kena diingatkan selalu..




oh ya, ada cerita lain lagi..
yang juga berkenaan dengan kejadian petang semalam itu
cerita yang buat aku makin faham..
dan menerima bahawa persekitaran 'kita' tidak sama..

nanti2, lain kali aku taip, insyaAllah ....







regards,
azieshakespeare :D
(echewah)

Friday, April 09, 2010

agak tension

ini entry lepas geram, mungkin...

aku adalah sangat bengang, melampau-lampau pula rasanya
ni la bila kita buat baik sikit, diorang mula nak naik pijak kepala

sebelum ni memang da ala-ala garang dengan diorang, then semua muka kelat je..
sekarang bila aku try to make friends, mula la naik kepala, pijak kita pula

atau patutnya aku buat tak tahu je kat mereka2 yang tak tau diuntung ni?

i've tried to put myself in their shoes, but sometimes the shoes can't fit me well

aku boleh je nak stand with students yang tak berapa nak pandai
tapi aku sangat tak boleh tahan denngan mereka yang kurang-hajar
lagi la kalau ditambah du tu, tak-pandai-and-kurang-ajar
memang betul2 taktau diuntung punya manusia, patut sembelih je kot sorang2 :p

mentang2 la cikgu nye baik, diorang nak naik kepala
nak kata budak2 kecil, semua nya dah besar panjang, 16 years old da pun
tengok saiz, memang da layak jadi mak/bapak budak da pun
tapi tu la, perangai langsung2 tak tally!

bengang je la aku, tapi ni la masalah nye taktau macam mana nak marah
(or aku jaga sangat perasaan diorang,, sampai lupa dengan perasaan sendiri?)
yang pasti nya tadi, memang dah berkaca-kaca mata aku, tunggu time nak jatuh je
so, sebelum apa-apa jadi, aku sumbat earphone kat telinga
terus dentum dengan stolen-butterfingers, jadi la pekak artifisial




sampai rumah, tak boleh bertahan lagi
lepas kan je semua, then terus tidur, how i wish... kalau tidur boleh buat aku lupa semua tu, biar la aku tidur...




spp, cepat la panggil interview..
then cepat la sahkan jawatan aku

aku nak minta tukar ni,
nak masuk kampung pula, huu....

Saturday, April 03, 2010

rasa macam balik dari tuisyen je..

itu lah apa yang aku rasa untuk hari ni, huuu :p

actually tadi gi sekolah, ada 'hari anugerah dan mesyuarat PIBG'
keje aku, cari jawapan paper sains, then baca novel (bohsan okey....)
da ar tadi, konon amek gamba, tapi entah macam mana kamera macam buat hal
memang rasa nak marah gak la, (yang tak bawa kamera sendiri tu kenapa la)


balik ke rumah tu la, aku rasa diri sendiri macam balik dari tuisyen
felt like a student who'll facing the SPM :D
entah.. perasan masih kanak-kanak kot, hahha

dresscode tadi macam biasa > baju kurung + backpack + silver shoes (yg skali tgok ada gaya kasut sekola je)
sebelah tangan pegang plastik buku > koleksi soalan Fizik + mag fokus SPM + (buku ape ntah, lupe tajuk :p)
tangan lagi satu pula bawa oreo mcflurry, heh...


time tu la tetibe kepala melayang2, cuba buat bayangan2 yang tak pernah jadi pun
ye la, mana pernah aku pergi tuisyen selama ni, heh..
plus, dulu2 aku sekola kat kawasan kampung, takde nye nak keluar rayau macam tadi :p





entry takde motif, sorry....

Friday, April 02, 2010

(tidak jumpe title yg sesuai ;p)

it's april, memang macam tak sedar pun, cepat je masa berlalu..

sudah terlalu busy kah aku sehingga ruang masa pun aku tinggalkan
blog ni pun dah ditinggalkan.. bile jenguk, macam masuk haunted-space je (hahha macam melampau je punye perumpamaan :p)

sekarang life adalah macam ini *cuba memberi penerangan*
tak perlu bayangkan, aku pun da ala2 malas nak describe,
macam biasa life cikgu sekolah la.. pening, serabut, nak mengamuk, suka, senyum, ketawa hahha
semua jadi satu...

last week, da setel dengan test form 4 students.. kertas pun da bertanda and da discuss pun
kalau ikutkan, memang tak puas ati pun.. rasa macam apa yang aku cuba sampaikan selama ni, still belum kukuh untuk they all..
ouh saya agak disappointed la
tapi, takpe la.. at least aku tau tahap mana kemampuan mereka
and for sure, i have to improve my lesson, for them..

dan minggu ni pula, dapat skrip jawapan untuk form 3..
honest said, memang rasa macam nak pejam mata je, lupa kan semua kertas2 tu, tapi...
'cikgu, kertas exam'
ini la suara2 mereka, nak taknak kena la juga tanda..
and promises akan ditunaikan, for those yang lulus akan ada reward.. hopefully ada la, ramai pun aku tak kisah nak kelua kan duit..
(tak boleh nak letakkan harapan terlalu tinggi untuk kelas 8 and 12 ni)

last monday, tak gi sekolah.. aku lencong ke hospital
and the result is, i'll have a surgery-day-care on the becoming school holidays
ouch macam seram la gak, mana pernah da besar2 ni ada nak kait2kan dengan hospital ni
then balik dari hospital tu (i got the mc actually)
berkejar ke sekolah, sebab dah janji nak tunggu budak2 badminton (aktiviti ko-k)
aku datang dengan dress code bodo je la, t-shirt+trek+sport shoes
masa budak2 ni sampai, yang muka tak kenal tu aku tanya la 'form berapa?'
yang klaka nye, bole die tanya semula kat aku 'form berapa?'
hahha cuak pagi tu terus da hilang dengar soalan ni :D

hahha entah la, tapi seronok seyh bile orang kata kite muda (well, i memang la muda lagi :p)
lagi bole bikin wa senyum lebar2 (mode ayat pun tetibe berubah hahha)
teringat kat sekolah tadi pula, baru masuk kelas (my very-own-class) 'cikgu ni macam gengster'
dan dengan macho nye aku jawab 'saya ketua gengster' sambil buat muka innocent + muka seposen :p
tadi diorang mengadu, macam2.. kata cikgu ni tak best, cikgu tu ala2 bajet (ni my-word), cikgu nu ajar kami membaca, tak paham..
dan dalam hati aku 'entah macam mana la pula diorang cakap pasal aku' huu

and pagi tadi gak, indian prefect form five tanya aku 'cikgu ada facebook'
aku angguk je la coz masa tu tengah tadah tangan untuk doa
'nanti saya nak add cikgu ye' angguk lagi :)
lama tak jumpa dia kat LRT.. kat sekolah memang jarang la nak perasan fivers ni, huu

hari ni juga, aku didatangi oleh ejen insuran itu lagi (rasa tak taip lagi kot kat sini)
a chinese male.. dia tegur camni 'cikgu, sihat?'
angguk, tangan tengah busy menanda kertas jawapan students
tanya2, then dia cakap macam ni 'cikgu, u makin kurus.. ada orang buli ke?'
hahha aku rasa dia ni sangat klaka la, ayat manis pula tu
aku cuba la nafikan statement dia tu 'baju saya ni kecik kot, yang aritu baju besar'
tapi dia kata memang nampak makin kurus, huu entah la.. dia suruh tambah makan lagi, hahha
ye la kot makin kurus, sekarang kadang2 rasa macam melayang je
kalau dulu mendekati 50, sekarang mula menjauhi 45, taktau la kenapa
dan lagi satu topik yang dia suka, pasal pakwe, hahha memang buat aku senyum je dengar
dari first time jumpa dulu lagi, ni la dia nye.. senyum je la, lebih2 kang apa orang keliling kata (ouch memang bukan jenis aku pun nak lebih2 ni :p)

then masa nak tunggu bus pun, ada yang menegur untuk isi survey on LRT's service
tengok kertas survey tu, student FST, UKM, tapi tak sembang apa pun
just sebelum tu, dia tanya 'student or da kerja?'
masa nak jawab soalan ni, macam ala2 gagap je, coz da biasa jawab student kot
aku jawab la 'da kerja..' and student tu kate 'muda nya' hahha senyum lebar2 lagi azie :D



ok lah, karutan je..
esok kena gi sekolah, sabtu next week pun sama
tapi next monday cuti, heh :D

and sekarang tengah nak fikir 'kerja-amal' untuk students bertuah aku
(those yang dapat markah fizik tidak memuaskan hati guru-muda ini :p)
mungkin aku akan minta buat group project, tapi taktau lagi on what?
hurm... any idea?