Sunday, May 31, 2009

errr... sorry, heee :D

Lama tak update, heee sorry.. I'm home, macam duduk dalam gua pun ada (okey kidding, mana boleh macam tu, kan :p)
So hari ni, cadang nak update secara pantas dan padat (kunun nye la :p).


Kerja kat rumah sangat la rutin nya. Bangun pagi, sambung tidur lagi, bangun, tidur semula

Oh no tipu lagi. Even kat rumah, aku still mengadap tu, yan kat atas tu.

Know what, meja itu ialah kotak-kotak buku-buku aku. Jenuh gak la mengemas aritu. Memang penuh bilik tu dengan buku-buku aku, sampai mak kata 'oran tu buat kenduri buku' heee.
Mak kata dia pening kepala tengok rumah ni penuh kotak-kotak. so aku cari satu kain, tutup buat ala-ala alas meja.

Then jadi la meja study + meja solek, all in one :D



Ni plak cerita masa first week cuti ritu. On 10th May, okey dah lama. But who cares aku nak cite gak :p

The day, went to negeri 33. Kenduri kawan lama. Satu kelas dari form 3 sampai form 5, and also satu dorm masa form 5. Dia bekas ketua pelajar (puteri) batch kami. Having a fun time there, jumpa kawan-kawan lama, sungguh la lama tak jumpa dengan diorang.

After this, sape punya turn plak eh? heee just wait and see lar
(bukan aku la kot... masih belum :p)



Then dari kenduri tu, naik lat ini pula. Uhh sudah ilang nombor nye. biasa orang balik kenduri bertambah berat, aku berkurang plak, heee. Well well, tapi sekarang dah ok.

Dah duduk rumah, tak keluar keluar. Apa lagi aku buat, makan makan and makan je la, heee.



Okey ni je la kot. Nanti nanti, kalau ada masa, cite lain plak.
Actually macam-macam cite, tapi tak pe la.
Thanx untuk semua yang tinggal kan words kat shoutbox tu. And sorry aku delete segala iklan-iklan tidak berkaitan eh...







*** abang bawa balik this broadband
so bole la aku nak update kejap
tadi pun baru dapat isi online untuk GST tu lagi..
baru cadang nak gi cc je esok
tapi bagus gak, jimat duit aku, heee :D

Friday, May 08, 2009

secrets-revealed (la partie derniere ou etre continue)


Aku dah taip dan publish tiga siri 'secrets reveles'

- partie un : my university
-
partie deux : matriculation
- partie trois : secondary school


Jadi sekarang ada satu soalan
'La partie derniere ou etre continue ?'
maksudnya 'bahagian terakhir atau akan bersambung?'



'Primary school' tak cerita lagi, kan?
Hurm.. detik manis untuk dikenang pastinya :D

Tapi mungkin bukan sekarang, nanti bila ada waktu
(lagipun takde gambar, tak seronok bercerita tanpa gambar)
Jadi 'secrets-revealed' mungkin akan ada sambungan (mungkin?),
yang pasti bukan dalam masa terdekat ini :D

- partie quatre : primary school
- partie cinq : kindergarten
- partie six : family
- partie sept : men in my life
- partie huit : admirable women
- partie neuf : love-life
- partie dix : negeri 33
Mungkin akan di consider untuk tulis biografi je terus, hahah (mungkin lagi) :D

:
:
:
:


Untuk entry ini, aku akan tulis tentang my name...


My real name? Oh biarkan dulu, tak perlu tahu
Ada yang tanya, (in virtual-life and also real-life)
'kenapa shakespeare?'
'u suka shakespeare eh?'
'azie baca shakespeare ke'

Hurm.. mari kita jawab



'illustrated tales from SHAKESPEARE', beli kat MPH
(simpanan untuk anak-anak, haha :p)




Jawapannya : 'Ya, saya baca Shakespeare'
Walaupun kadang-kadang aku tak faham apa yang disampaikan.
Walaupun kadang-kadang aku sendiri tertidur dengan bahasa Inggeris kuno itu.
Aku ada 150++ sonnets die, (dulu ada yang aku catat mana aku suka, sekarang dah lupa mana satu, catatan tu pun da hilang)
with other stories too (Romeo and Juliet, Hamlet, Macbeth etc)



Soalan kedua, display name yang aku guna terlalu panjang
'mademoiselle azieshakespeare'

Mademoiselle bermaksud miss/cik di dalam bahasa Perancis,
and aku ada juga guna perkataan dalam bahasa ni in certain entries (words yang
macam pelik-pelik kat atas tu semua bahasa Perancis).
Aku belum belajar this language secara rasmi, baru belek-belek kamus and also online dictionary sahaja. Pronunciation aku tak reti lagi

Then why French, not Spanish, Swedish or etc?



Just a simple answer : 'I have a big dream to be there'
... dream on ... keep it ... make it real ...

:
:
:


That's all for now. Soalan sudah dijawab rasanya, kalau masih mencari jawapan review back the series :D

I'm going home in few minutes or hours. And aku mahu berehat dengan tenang di rumah (poyo punya statement :p)



perempuan ini sombong, harap maklong maklum la :p
kalau jumpa, jangan teragak-agak untuk tegur... walaupun dia sombong, dia pasti akan senyum kalau kamu datang dengan cara yang betul (the sweetest smile ever)




Oh ya, i am planning to write something when i'm home.
Kemungkinan tentang 'Teh Ais, Teh O Panas'. (bukan teh ais yang ini eh :p)
A romance story in my way (maybe), haha puas la aku nak berchenta nanti.
Hopefully
berjaya :D




secrets-revealed #3 (partie-trois)


Mengundur waktu lagi.. SMKSJ (1999-2003)




Proudly said that i was the 'Gen-8 Serians'.
Lima tahun belajar kat sekolah tu, with all the memories remained in my heart, mind and soul
(heh i am quiet good in making sweet words eh :D)


Time Form 1, memang agak sedikit sukar, sebab tu first time tak duduk rumah, stay kat asrama. Batch kami ramai, and that time buka dorm baru, which is the biggest dorm in aspuri (tahun sebelum, dorm itu ialah surau budak perempuan).
Sedih gak la, dengan tilam atas lantai, bersusun macam mangsa banjir je sebab katil tak sampai lagi. Then bila katil sampai, kerja memanjat la, katil double-decker, dapat plak belah atas, hee. Tapi akak-akak semua baik :D



kad matrik zaman kuno, kamu simpan lagi tak :D


Duduk asrama tak hard mana la; beratur time nak ambil makanan, pergi prep (untuk tidur :p), riadah (untuk makan keropok kat kantin), and hari ahad ada gotong-royong.
Bila makin senior, makin tidak skema even pegang jawatan kat asrama (haha takde la masuk kumpulan budak jahat pun). Kat dewan makan, siap ada port kami-kami (meja corner paling dekat dengan pintu belakang).

Denda paling teruk aku pernah kena (tak lupa sampai sekarang), kena tahan biasiswa sampai akhir tahun (masa tu baru tengah tahun, meaning enam bulan duit aku bersimpan) + tak boleh outing juga sampai akhir tahun. Nasib baik la boleh balik rumah, and aku ada transfer sikit duit biasiswa tu kat akaun lagi satu..
cheit betul, bukan kesalahan berat sangat sebenarnya, tapi PK HEM masa tu sangat poyo.
Kalau cerita pasal rotan, subuh-subuh time form 1 lagi aku dah pernah kena, haha normal la kalau kena rotan ni :p



PMR 2001.. kalau teror cari la mana aku, haha :D


Cerita kat sekolah.. Aku bukan seorang pelajar yang hebat. Tapi most of the teachers, bila tanya nama aku diorang boleh sambung dengan nama abah (maybe sebab kat buku-buku aku tulis nama bersambung tanpa perkataan binti itu kot).

Untuk lower form, kami ada 'kelas rancangan khas' which ada yang ambil Bahasa Arab Komunikasi untuk peringkat PMR (i was one of them :D).
'kaifa haluka?'
'ana bi khair, alhamdulillah'
So untuk PMR, ada yang ambil 8 dan 9 subjek. Yang ambil BA, nama kelas 3A1 dan 3A2, the others 3B1 and 3B2. Beza kat bahasa arab tu je, tapi budak kelas B memang selalu tak sekepala dengan kelas A, lagi-lagi budak perempuan. Tapi naik upper form, macam dah neutral :D

Gambar atas tu yang konon-konon nya cemerlang masa PMR (5A dan ke atas). Hari Rabu, so pakai la baju uniform unit masing-masing and aku hard-core PBSM (Persatuan Berehat Sepanjang Masa). PBSM time tu memang sangat la relax, seingat aku yang aku join wakil sekolah untuk perkhemahan peringkat daerah and wakil unit untuk perkhemahan peringkat sekolah kat atas bukit sebelah padang sekolah kami, lain-lain aku dah tak ingat, ke takde dah lain-lain?.

Cerita kat sekolah banyak masa upper-form la kot, dah agak kerek jadi senior. Kat asrama pun duduk blok yang baru siap, oh memang kerek menjadi senior, haha :p
Yang paling happening 'Karnival Pendidikan' time form 4. Memang tiap-tiap tahun ada karnival ni which organized by form 4 students untuk tahun itu. Kami kan ramai, dah la baju AJK cantik pula tu, memang nampak cantik sekolah time tu :D


aku agak suka gambar ni.. i was the one at the left :D (kat situ ada nama sekolah)


Masa ni join Kuiz Maal-Hijrah peringkat zon. Masuk sekolah orang dengan penuh bergaya, heheh :D Soalan-soalan boleh tahan, ok la.. And kami dapat nombor 1. Tak sia-sia membaca beria-ia and also berkat doa dari semua.

Tapi naik peringkat daerah, rasa nya takde nombor, haha sebab tak sempat nak study beria (in the same time kat sekolah nak dekat ada exam, trial ke apa aku tak ingat)

Ustaz Hairul Azam, guru kelas kami


Ini gambar kelas tahun 2003, 5 Sains Syariah (aku dah pernah tampal kat entry ini dengan gamba exco asrama puteri).
Kami ambil 10 subjek; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Pendidikan Syariah Islamiah, satu lagi pilih antara [Pendidikan al-Quran dan Sunnah / Biologi / Lukisan Kejuruteraan].


Kelas ni adalah sangat best, sebab kami bebas nak buat apa pun, boys dua orang tu pun kadang-kadang bukan ada dalam kelas pun. And one of the boys, (and also Shina) masuk matrik yang sama dengan aku.


Ni je la kot cerita zaman sekolah menengah, gambar banyak tapi aku tak scan (mana ada scanner pun, yang ada ni pun entah zaman bila aku scan pun aku dah tak ingat). And for sure banyak lagi cerita kat sana, a moment yang takkan boleh dilupakan senang-senang.

Gen-8 Serians always rawked.







SMK Seri Jengka, Maran, Pahang Darul Makmur (1999-2003)





















***baju rasmi asrama, warna dark-purple, corak kat tangan and depan

(tapi sekarang dah banyak transformasi)
time ni sangat lah kanak-kanak ribena nya :D



*** kawan sekelas + satu dorm nak kawin
this weekend
waaaah cepat nye
(lupa sekarang bukan makin muda :p)

secrets-revealed #2 (partie-deux)


KMPk sesi 2004/2005.
(Ini cerita sebelum masuk UKM)




Membuat pilihan adalah sukar....

Lepas SPM, aku dapat tawaran dari UiTM Machang, Politeknik (area Kelantan seingat aku), Form Six, and entah kolej-kolej apa entah lagi.
Poli dengan UiTM aku tolak sebab course aku tak berapa minat, something related dengan business gitu la (lagi pun takde basic langsung-langsung), Form Six dapat sains punya tapi macam dah malas nak pakai baju sekolah (masa tu lar) and Form Six kan agak susah. Then kolej-kolej itu aku biarkan saja.
Abah pula time tu suruh try tunggu matrik dulu, hurmmm...


Dalam merenung nasib kat rumah (masa ni kawan-kawan ramai dah berterabur sambung study), got a call dari Along (kakak my dear friend itu).
Dia cakap aku dapat matrik, i was the second intake candidate (itu la zaman sekolah dulu main-main, dah result SPM tak bagus huuu...)


ambil masa diorang duk fogging nyamuk kat hostel.. masjid kami cantik, kan :D



So agak-agak kalut daftar ke sana (ada cerita di sini sebenarnya, cerita sedih, sayu, makan hati).
Aku dapat tahu malam Rabu, then Khamis surat baru sampai kat rumah mak sedara aku and last daftar hari Jumaat. Petang Khamis, naik bus ke KL, abang tunggu and terus ke Perak (so i have to say that aku sayang abang lebih :D).


Hari Jumaat daftar (pak sedara kat Perak yang hantar) and ada ka
wan-kawan dah tunggu. Kawan dari sekolah lama (Shina, Enon, Lily, El, Sal and Jimi), ada la tu yang bagi tau (mana la aku sempat nak bagitau diorang pun).

Menjadi second intake student adalah agak cuak sebab orang lain dah mula belajar. Tapi yang best nya, tak yah ada orientasi, haha :D (nak tau tempat-tempat semua aku tanya kawan-kawan yang dah ada kat situ).
Time
tu diorang pun tak la belajar banyak mana sangat pun,
still boleh la nak catch up. First class yang aku masuk tutorial math, bayangkan macam mana blur nye aku, tapi tanya-tanya orang, diorang kata tak buat ape pun lagi *lega sedikit*



ni masa ada program dengan student UiTM Shah Alam (aku lupa ar program ape tuh)



Jadi student matrik memang seronok, tapi kena rajin dan strive, lagi-lagi yang macam aku which is sangat la pemalas. Kat sana memang aku study sungguh-sungguh (kau nak tercicir, buat la main-main).

Room-mate aku tiga-tiga budak Bio, aku sorang je ambil Fizik (sorang malay budak Perak, dua lagi chinese dari Kelantan). Budak-budak cina ni ok la, time kita sembahyang, diorang diam tutup radio semua.
Tapi aku agak tak boleh tengok bila diorang study (lagi-lagi the one yang duduk sebelah meja study aku), nampak stress weyh. Alternatif nya, gi study dengan membe
r lama aku, Shina :D.


Kalau cerita pasal kelas pula, i was in TP9/LP2 (for both sem). Nombor tu stand for kumpulan lecture and tutorial, and masuk sem 2 diorang rombak, tapi aku tak bertukar pun.
Dalam kelas aku memang agak diam, tak campur dengan orang sangat (maybe orang tak perasan kewujudan aku, and i don't really care pun). Member aku LP1.



Antara yang tak boleh lupa kat sana:


1. Speaking test dengan Mr.Raja (time matrik kan kena ambil MUET itu).

Masa tu memang aku pakai cakap je ikut isu yang diberi (dalam kumpulan 4 orang),
and last tu Mr.Raja cakap 'you can speak well, but why you're so quiet in my class?' (lebih kurang macam ni) eheh aku sengih je la, nak cakap ape pun lagi, entah..
And he mentioned it in the next class
, tapi nasib la dia tak sebut nama, dia pandang je kat aku. Yang pastinya aku bantai je, bukan fluent pun, nampak yakin sudah.


2. Tutorial Math
Lecturer tu memang selalu suruh orang tulis kat depan.
Satu hari ni macam biasa aku kena satu soalan ni, aku tulis je la.
Then ada lagi satu, orang lain semua tak dapat. Kawan sebelah jeling kertas aku, aku dah dapat. So terpaksa la tulis lagi sekali.
Tiba-tiba lecturer tu kata 'boleh awak expl
ain?' Haha ganti tempat lecturer beb *bangga-bangang*
Actually
malam sebelum tu pulun suruh membe aku ajar, kelas diorang dah discuss.


3. Eksperimen Kimia

Balang ke bekas kaca apa entah duk pecah-pecah. Terlebih panas la, itu la.

Tapi kumpulan aku, maintain je.. sangat rilex takde apa-apa.
Last-last
bising 'wey nape tak jadi apa lagi ni?' Haha tiada hasil :p


4. Eksperimen Fizik

Masa dah nak habis. Semua orang nak balik. Kami penat duk ulang-ulang buat benda yang sama.
'Kita buat hasil sendiri la, tak dapat graf kita tukar nombor'.

'Okey, ko mulakan operasi, aku buat-buat teruskan eksperimen'

Berpecah. Ada yang buat kira-kira, ada yang terus konon-konon dengan eksperimen.

'Set dah siap, jom balik.'
'Kalau nombor tu susah nak kira, nanti kita discuss tukar nombor lain'
Haha hebat kan kami menjadi 'physicians' :p



gambar dari dalam album :D (rindu sama mereka)



Banyak lagi cerita kat sana ....

- Gopeng yang panas dan kering.
- Time assembly kami sengih-sengih taktau nyanyi lagu negeri, time Negaraku kuat la.
- Jakun nya melihat lembu-lembu warna putih, haha :p
- Tengok budak-budak SBP kat sebelah masuk our territory hari Jumaat untuk solat.
- Outing
semata-mata untuk makan KFC :D

- Tsunami akhir tahun 2004 itu, which aku tak dapat beza antara gegar atau orang berlari.
Serius aku konfius sampai sekarang.


Semua tu... susah nak lupa... terlalu banyak, dalam masa yang singkat..








Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak Darul Ridzuan (sesi 2004/2005)




*** ada junior (ayuNani -3rd year fak aku)
kasi ini kerepek dengan coklat zip itu
sebab pinjam buku rekod mengajar (aku nye praktikum)
berguna eh buku tebal itu :D
and wish goodluck untuk mereka
heh rasa la jumpa 'budak-budak' zaman sekarang

Thursday, May 07, 2009

secrets-revealed #1 (partie-un)


Entry
ini dan berikutnya adalah satu siri self-reflection. Untuk ingatan di hari tua, haha.
(Boleh tinggalkan jika tidak berminat :D)




Since aku dah habis exam, and bakal tinggalkan kampus terchenta ini, biarlah ia tidak menjadi rahsia lagi. Habis untuk my first degree, yeah!

Aku tahu ada followers aku yang satu kampus, ada tu aku perasan siap pernah satu kelas lagi (tahun sebelum-sebelum la, bukan tahun ni).

Oh sebelum tu, sorry eh yang mana pernah tanya, then aku tak jawab. Bagi aku, bila dah sampai masa yang sesuai, i'll tell :D



paper-bag tu dapat masa hari 1st daftar kat fakulti dulu (tahun 2005)
kad matrik ada riben :p eyh nametag tu kat mana eh



Di sinilah aku. Universiti Kebangsaan Malaysia (kampus Bangi)

Being here for four years, with so much memories to remember. Empat tahun itu bukan satu jangka masa yang singkat, but once we get throuh it
, macam tak terasa dah habis tempoh :D




Cerita kat sini pun banyak, kalau nak taip satu-satu memang tak habis. Gambar pun banyak, nak upload satu-satu pun tak larat, heee :p

So ini je lah, nanti aku sambung lagi, siri lain di tempat lain :D







*** insyaAllah aku akan kembali ke sini
dengan jubah oren ini

waaaa kenapa fak aku warna oren?
tak suka betul... uhuh :p



Wednesday, May 06, 2009

T.A.M.A.T yeah :D

Exam sudah habis. Yeah :D (macam mahu jerit) Rilex-rilex... Habiskan aiskrim dulu, heh


Apa-apa hal mahu tampal award dulu lar :D




First dari cik afeera. Thanx darling... aku macam lupa la kita dah kenal for almost 10 years, uisy lama gak tu eh, thanx la sanggup layan perangai huduh aku, hahaha :p



Ni pula dari en.setiasahabat. Err sebenarnya segan nak ambik, tapi dah ada pesan kat shoutbox tu, so amek je la. Heee... Thanx :D



Last and never be the least, ambik dari cik ika monster (dengan tak malu nya mengambil, hehe). Cumeyl lar :D




Sekarang sedang tunggu waktu untuk pulang ke rumah.

Tapi sebelum tu aku nak online sampai lebam, haha :p
(aku bayar ok wi-fi ini) Aku nak download lagu yang nak dengar dari aritu lagi, nak lompat-lompat tonton apa-apa cerita, nak cari resepi (uwwhh mau jadi tukang masak? macam tak percaya, haha), nak update blog yang pastinya :D


Oh ya aku dalam proses mengumpul bahan. Tunggu eh, siri 'revealing the secrets' (kalau nak baca la, heh aku no hal taip jek)







** barang tak habis kemas lagi
huh malas nyer ;p

Tuesday, May 05, 2009

sometimes it can be really annoying :p


Today was one of the day. I don't know where it came from, kept thinking of that something, huuu (ada ala-ala orang mengidam kot :p)

Then aku siap-siap lebih kurang, terus keluar, to the town as someone said 'where satay was born'. Hahah cantik 'perlambangan' itu (taktau la apa word yang sesuai, heee).

Cari barang sikit, to be specific makanan.. ya saya memang suka makan, so what :p

Then baru beli ini, yang diidamkan :D


KFC toasted twister (air da abis time aku tunggu bus, heh :p)


Sedap... Itu je aku bole describe, ehee.. Try la kalau nak :D






** masih belum dapat menaip panjang
i am running out of time (konon nya)
maybe tomorrow.. maybe :D

Monday, May 04, 2009

mereka sangat berbeza :D

Tiga hari tak update... Jadi aku agak speechless..
Eh wordless mungkin, kerana aku tidak bercakap di sini :p (apa-apa la)




I went home actually (even minggu ni akan balik rumah terus, ehee agak suka statement ini :D) Bising-bising kat rumah, dengan mak, dengan adik-adik (kalau malas layan diorang, aku diam je :p)

Aku ada dua orang adik, dua-dua lelaki. Tapi dua-dua perangai contrarily different, sangat berbeza, sampai penin kalau dilayan :p


zaman 'jambu' mereka :p ... time aku matrik kot


Budak-budak ni sekarang form 3 and form 5, dua-dua nak ambil exam besar. Kalau tengok yang form 3 tu memang asyik dengan buku je la (kadang-kadang pening tengok nye), tapi bila petang lepas asar confirm hilang dari rumah, memula ke masjid lepas tu entah ke mana.

Lagi sorang sangat la susah nak tengok dia pegang buku (lagi la pening yang macam ni). Petang-petang balik rumah, lepas tu hilang semula. wargh rasa nak jerit je, tapi kang aku plak kena belasah, menyampah betul!


Dulu mak selalu usik nak hantar sorang kat sekolah tamil (sebab sorang ni gelap, yang besar) and sorang lagi ke sekolah cina (yang bongsu itu). I wonder kalau mak buat betul-betul macam mana eh, mesti best kan, haha :D

Diorang dua memang dari dulu tak pernah pisah dengan mak abah (untuk jangka masa yang lama la). So mereka agak manja kalau nak compare ngan abang and kakak-kakak mereka.


kalau budak ni tengok... haha :p


Dulu pernah gak aku tanya kat diri sendiri, kenapa takde adik perempuan eh? Kalau ada, macam perfect la untuk aku; sorang abang, sorang kakak, sorang adik laki, sorang adik perempuan.

But then, fikir-fikir balik, tak best kot ada adik perempuan ni. Ye la nanti aku tak boleh jadi 'that lil sis' eheh :p But this title doesn't mean yang aku seorang yang manja (agaknya sebab aku membesar kat tempat lain kot)


Time kat rumah hari tu, macam biasa la jadi tukang mengacau mak kat dapur, haha buat bising itu ini. Nak harap adik-adik? Huh aku tanya kat mana wayar pun jawapan nya 'mana tau mak letak mana' chet nama je duduk rumah.
Macam mana la mak layan diorang selama ni, penat weyh mereka dua ni nanti nak tambah ngan aku plak, haha :D







** dari petang tadi cuba taip entry ni
sekarang baru siap
kan sudah kata 'i am wordless' :p
ni pun sebenarnya bukan la nak cerita sangat
adeyh sindrom ape kah ini?


Friday, May 01, 2009

books runaway :D

Sekarang adalah waktu bersuka-ria (a paper more to go, satu je lagi next week :D). Orang bekerja kan cuti, so aku pun nak cuti gak (tumpang sekaki :p)
Takde la bersuka-ria pun, tetap baca buku, tapi tukar buku jenis lain (ok tipu, aku baca ni semua sebelum exam lagi :p).


Meh kasi cite sikit-sikit.




i) Hafalan Solat Delisa by Tere-Liye


Yang ni da ada bagitau lebih-lebih kurang kat entry sebelum2, a novel yang ada autograf penulisnya itu (tapi masa tu belum baca lagi).

Ceritanya sangat bagus, tentang seorang anak bernama Delisa yang cuba menghafal bacaan dalam solat. Hidup dalam keluarga yang sangat bahagia.

Semuanya berubah pada tarikh 26 Disember 2004. Ingat lagi tarikh ni? yup tarikh tsunami melanda, latar cerita ni kat Lhok Nga.

Delisa seorang anak berumur 6 tahun yang bijak, dia terima keadaan tu dengan cepat. Dia tak tanya kat ayahnya bila perasan si ayah sedih setiap kali ditanya pasal umi. Kakak-kakak dia yang tiga orang tu semua dah meninggal masa tsunami, dan mayat pun dah dikebumi, tapi umi dia tak jumpa-jumpa pun.

Lepas kejadian tsunami tu, dia jadi susah sangat nak menghafal semula. Delisa mula belajar, tentang ikhlas, tentang memahami.

Baca la tak rugi pun. Ending dia agak syahdu, jumpa uminya, tapi....
Ada cerita di sebalik semua ni, nak tau baca lah.. Recommended :D




ii) Novels by Hlovate

Yang ni pula novel-novel dari Hlovate. Ada empat semuanya (Schubert's Serenade dalam Gurindam Jiwa je aku tak baca lagi). Mula dari kanan...


aA + bB
Bercerita tentang Addin Shah dan Benz Aliff. Diorang dua lebih kurangnya kena kahwin paksa, atas sebab wasiat konon-konon.

Sebenarnya cerita diorang dah mula dari zaman sekolah lagi, which at the end of the school time tu ada kes yang buat diorang tak bertegur.

Aku copy sikit yang tertulis kat cover belakang dia eh
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Tunas
Yang ni mengundur waktu sikit. Kira macam prekuel untuk aA+bB. Ada dua bahagian kat dalamnya.

Cerita zaman sekolah Addin Shah, zaman Form 4 and 5. Cerita budak nakal yang jadi Head Girl.
Part kedua plak pasal 'Magnificient Seven', budak-budak junior Addin Shah tadi.


5 Tahun 5 Bulan
Orang gaji berpendidikan, Johanna dalam buku ni. Things went wrong bila anak sulung tuan rumah balik, sangat la cerewet.

Habis jadi orang gaji, Johanna sambung study kat Aberdeen. Then cerita-cerita dengan Along itu, and end up berdua (ending novel :p)


Rooftop Rant
lontarkan
... kalau tidak ia meracun
kongsikan
... walau hanya pada awan-awan
Bicara atas bumbung. Episod hidup yang berbeza, tapi cerita mereka selari, Trisy dan Jade.



Kenapa Hlovate ?
Bahasa dia tidak berat, even bercampur-campur. Cerita-ceritanya bukan sekadar cerita ringan.

Hlovate menulis di dalam bahasa basah yang selamba: enak di mulut, berkhasiat di minda, penawar di hati ... mengisi nurani (ini aku copy dari cover belakang salah satu buku)

Kalau kamu mahu menyanyi, ada di dalamnya. Kalau kamu ingin nasihat, ada di dalamnya. Kalau kamu cuba mendekati Tuhan, InsyaAllah ada juga :)

Try la satu, you won't regret.. Or kalau nak try tengok tulisan beliau macam mana, klik kat link sebelah eh.



iii) Aku ingin keliling dunia



Siri ketiga dari tetralogi Laskar Pelangi. Kira sambungan untuk 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi'. Sebelum ni dah cite yang dua buku tu, bole klik kat tajuk.

Yang ni si Ikal tu dah belajar kat luar negara. Ada cerita diorang keliling Eropah sampai Afrika sana.

A good book indeed. Owh Edensor tu nama tempat, ada kaitan dengan buku pertama.


Aku dah ulang baca berapa kali ntah, tak ingat. Ceritanya memang best, so yang ni pun aku recommend gak :D

(sekarang tengah tunggu PTS translate buku keempat, 'Maryamah Karpov'. Kat sana dah publish)



iv) Learned-time

Last but not least, mari belajar Fizik :p. Adik-adik (heh macam tua sangat la plak) tak lama lagi ada yang nak register untuk matrikulasi, kan?

Ini antara textbook yang aku guna. Beli la pakai duit elaun tu, tapi Longman warna merah bawah sekali tu dapat free (my cousin kerja di sana, heee)

Berchenta la korang nak baca semua buku ni. Aku pun buku merah putih tu buat reference kadang2 je, most of the time pakai buku kelabu. Tapi buku kelabu tu agak ringkas, so pandai-pandai la cari buku kat library plak :D




Ini sahaja laporan dari kedai buku 'azieshakespeare'.
Nanti ada masa, buku lain plak akan dikeluarkan. Banyak dah bawa balik rumah, yang ni pun nak bungkus da jap-jap lagi :D








*** kekanda beta mahu ambil jam berapa ya?
kata bonda, mahu ambil sesudah subuh
(macam la rumah jauh sangat, huhu :p)
nenda masih di rumah, yeah bole sakat nenda

sejak bila plak guna bahasa macam ni?
okey2 :D ..
kekanda=abang,
bonda=mak,
nenda=opah

mengubur rasa yang hilang


Aku bukan seorang pujangga
Yang bisa mengalun ayat terindah
Aku hanya menaip apa saja
Yang terlintasa di ruang rasa ..


Aku bukan orang suci
Yang punya segala perasaan terbaik
Aku hanya seorang manusia biasa
Yang punya rasa pelbagai ..


Namun rasa itu telah bercampur
Dengan perisa-perisa kepahitan
Melahirkan entiti lain
Dan menguburkan aku
Di sudut ini ..


Aku hanya menarikan jemari
Di papan kekunci usang ini
Lagukan nyanyian hati
Yang terindah juga terperih
Apa saja yang aku rasa .. apa saja ..


Aku mungkin tidak berkesempatan bertemu kamu
Kerana itu yang kamu pinta
Aku tidak akan memaksa untuk itu


Dengan sedikit kekuatan yang masih tersisa
Aku ingin memohon kemaafan

Sesungguhnya kata memang menyesakkan ..
Dari hanya sepoton kata
Hati terluka ..


Aku masih ingin memohon kemaafan
Kerana bukan akhir begini yang aku impikan
Maafkan aku ..


Catatan ini adalah catatan terindah
Dalam diari kehidupan aku
Izinkan aku untuk terus menyimpannya
Kerana sesungguhnya
Kamu seorang teman yang tidak mungkin dapat aku gantikan


Maafkan aku .. lagi dan lagi
Dan izinkan aku dengan permintaan ini
Untuk menyimpan kenangan indah ini
Maafkan aku ..



**ada hal-hal yang terlalu mudah disalah ertikan
ada hal-hal yan kamu sendiri kurang penilaian padanya
ada hal-hal yang terlalu ingin kamu lupakan
ada hal-hal yang tidak mungkin dapat dirungkaikan